Ujian personaliti, inventori personaliti lelaki beridentiti NeoMaskulin yang ‘romantis’ 2-2

Leave a comment

DETIK BERKUIZ: ‘MENJADI SANG NEOMASKULIN ROMANTIS’
oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin
ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’
edisi Januari 2014

PENJELASAN inventori lapor-kendiri personaliti ini…

ANDA…

adalah sang NeoMaskulin yang amat romantis jika markah terkumpul anda di antara 75 hingga 51.

More

Ujian personaliti, inventori personaliti lelaki beridentiti NeoMaskulin yang ‘romantis’ 1-2

Leave a comment

DETIK BERKUIZ: ‘MENJADI SANG NEOMASKULIN ROMANTIS’
oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin
ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’
edisi Januari 2014

Tidak dapat dinafikan naluri seorang laki-laki untuk mencintai sepenuh hati dan dicintai sepanjang usianya… Biar pun anda tampak ganas (brutal) atau anda seorang lelaki pemalu yang berjalan tunduk di hadapan wanita, hakikatnya mudah – setiap lelaki, secara rahsia, ingin menjadi romantis!

Dan, tahukah anda bahawa kita laki-laki adalah spesies yang amat manja (berbanding wanita yang kononnya semuanya manja)? Kita sentiasa ingin tahu bahawa diri kita disayangi dan kita juga amat perlu bergantung harap kepada teman-kekasih – si dia – yang paling istimewa dalam hidup kita.

Maka, bulan ini sebagai membuka ruangan baharu Helai-Fakta NeoMaskulin, saya dengan sepenuh hormatnya ingin menjemput anda untuk melengkapkan kuiz lapor-kendiri personaliti di bawah supaya anda boleh tahu tahap keromantisan anda pada ketika ini…

More

Ujian personaliti, contoh inventori personaliti diri (cerita lelaki) NeoMaskulin

Leave a comment

Entri ini adalah pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin yang sudah pun dimuat naik (dalam beberapa bahagian) ke weblog TeechConsult @ BlogSpot yang memfokus kepada isu-isu gender (lelaki khasnya).

Penjelasan penuh inventori lapor kendiri berkenaan pula boleh dimuat turun secara bebas dari seksyen ‘Lelaki NeoMaskulin’ di Librari TeechConsult (TeechConsult Librarium).

More

Happy Father’s Day to all dads (and kids and moms) out there!

Leave a comment

* Edited and adapted for us Asian (…Malaysian) dads from a news item by Agence France Press, June 11, 2011.

Released ahead of Father’s Day on June 19th this year, a new international survey claims to have identified five types of dads including the “Hip Pop,” “Renaissance Dad” and the “Leader of the Pack.”

The American-based survey, involved a representative sample of 10,000 fathers with children under 18 years old living in the household.

According to this really cool survey the main characteristics of each of these five father ‘types’ are as below.

More

Bicara Neo Maskulin… usaha menjejaki sang Neomaskulin

1 Comment

Petikan Bicara Neo Maskulin, majalah Maskulin, Karangkraf (M) Jun ’10
Bicara Tentang Sang NeoMaskulin

Sembilan tahun! Begitu lama sebenarnya, sejak terma lelaki neo atau ‘Neomaskulin’ mula terpampang di beberapa majalah Malaysia. Usaha untuk memperkenalkan konsep sang neomaskulin kemudian diteruskan dengan terbitnya buku dalam bahasa Melayu tentang lelaki neomaskulin. Dan usaha ini disambung dengan ruangan bulanan ini yang telah beberapa tahun bersama anda.

Konsep neomaskulin sebenarnya dikongsi juga dengan sahabat-sahabat neo kita di negara Jerman, yang mana telah memperkenalkan identiti ini beberapa tahun lebih awal lagi daripada kita di Malaysia, Singapura dan Brunei – di mana majalah-majalah negara kita boleh dibeli. Anda hanya perlu membuat carian internet dengan kata kunci ‘neomaskulin’ untuk mendalami identiti lelaki baru ini.

Senarai semak 10 ciri lelaki beridentiti neomaskulin

Identiti neomaskulin sebenarnya mempunyai erti dan implikasi yang spesifik dan amat tepat, seperti juga terma lelaki homoseksual, uberseksual, ‘yuppie’ dan sebagainya. Anda hanya boleh menganggap diri anda sebagai lelaki neomaskulin jika anda boleh menjawab dengan tepat dan yakin semua soalan di bawah.

More

%d bloggers like this: