Teman. Kekasih. Teman-kekasih.

6 Comments

Seorang teman-kekasih akan membawa dan memberi yang terbaik kepada anda dari dua dunia yang berbeza – dunia persahabatan dan dunia romantis.

Seorang teman-kekasih melengkapkan ciri yang selama ini tidak cukup dalam identiti anda dan memperbaiki sifat yang selama ini menjadi kelemahan dalam personaliti anda.

More

Sahabat sejati? Rakan, teman sampai ke mati!

17 Comments

Mengenal sahabat: 10 perkara yang perlu anda ambil tahu…
Airil Haimi Adnan untuk majalah ‘Rapi’, ruangan ‘Motivasi’, 1 November 2006

Sahabat. Rakan. Kawan. Semuanya membawa konotasi dan pengertian berbeza tetapi di penghujung hari, sahabat yang baik boleh menjadikan hidup kita lebih bererti dan bermakna. Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil ‘sahabat’?

1. Sahabat yang sejati, tidak ramai.

Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang begitu ramai, tetapi tidak pula membawa kesan atau memori yang berkekalan.

2. Sahabat yang sebenar, jujur.

Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga dengan pujian tidak ikhlas. Walaupun kadangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

More

Silly-time-wasting-nothing-better-to-do FAIRY TALE (gal version)

2 Comments

More

Silly-time-wasting-nothing-better-to-do FAIRY TALE (guy version)

3 Comments

More

A story of a girl who’s trying to ‘tackle’ her boyfriend’s mom

5 Comments

Teech SEZ: It’s been a long time since I shared the writings of others on this weblog. Enjoy this story written by one of my ex-undergrad Miss N Sakinah, that I edited a bit. It’s really sincere… and FUNNY too!!!

It’s really silly to confess but I have trouble getting along with people my first time meeting them. It has happened so many times before and I don’t really know why my shy feelings suddenly appear without my permission… especially during ‘that’ time I met my boyfriend’s mom!

Maybe I was too nervous or maybe I’m too stupid at that time. All I can do was silence myself. All the words that came out from my mouth seem lame to me. This feeling was all over me at that time, “Why am I here? Say something Kina you idiot!” And I kept on saying this in my mind.

Frankly, my boyfriend’s mom isn’t snobbish at all. She’s actually really nice. Can you see now how stupid I am? People say that the first impression is important. Sadly, I’ve failed to impress her during my first time meeting her. My lips were so heavy and hard to open and I’m unusually speechless!

More

Teman-kekasih lama. Teman hidup baru. Kasih-cinta lagi?

11 Comments

 * Petikan e-mel saya kepada seseorang yang bertanya tentang perhubungan kasih-cinta. Beliau dalam dilema sama ada untuk kembali mencari teman-kekasih lama atau untuk meneruskan perhubungan dengan teman-kekasih (suami) sekarang. Perkahwinan mereka dirasakan semakin hambar dan juga membosankan serta hilang serinya. Dan pada waktu yang sama, teman-kekasih lama telah menyapa beliau kembali…

We make choices each and every day. Ada pilihan yang mudah dan kecil, ada yang sukar dan implikasinya terlalu besar. Memilih untuk bergerak ke depan, pasti membawa erti kita perlu meninggalkan apa yang di belakang. Dan… memilih untuk bersama seseorang bererti kita akan menutup pula ruang untuk orang lain.

Kadangkala memori masa silam akan timbul kembali – brought forward by a familiar place, a smell, a taste. Dan kita akan cenderung mengingat kembali si dia yang sudah kita tinggalkan dalam lipatan memori. Tiba-tiba sahaja kita sudah berada pada waktu itu, dengan si dia, berkongsi masa dan rasa sekali lagi.

More

Artikel pertama. Artikel yang telah memulakan segala-galanya.

4 Comments

Teech Airil sez Bersangkutan dengan awal bulan Muharram dan Januari tahun 2009, sesekali kita perlu menoleh ke belakang sebelum kita sedar betapa jauh (atau tidak begitu jauh) kita sudah berjalan serta berlari. Artikel ini dengan calitan bahasa Inggeris yang melampau, cara gaya pemikiran yang agak kurang matang, naif dan mungkin serba-sedikit menjengkelkan, percaya atau tidak, adalah artikel yang telah memulakan perjalanan yang jauh ini ke alam penulisan dengan lebih serius.

Ia juga telah membawa saya buat kali pertama sebagai ahli akademik hingusan ke hadapan kamera secara langsung dengan jemputan penerbit hebat Astro Ria, Adnan Awaluddin untuk ditemubual dalam salah satu episod program bual bicara televisyen ‘Malam Ini… Linda’. Terima kasih kepada Faizal Hamid, sahabat dan pereka idea fesyen kerana mencanangkan artikel ini kepada dua editor dan wartawan wanita hebat, Wirda Adnan serta Asiah Mion – hingga akhirnya artikel ini dimuatkan di ‘Eh!’

Every journey begins with one small step. Looking back, this was my one very small, very naive step. The rest, as they say, is history…

Selamat ulang tahun 'Eh!', thanks for the memories!

Malam-malam Merancang Kehidupan
untuk majalah ‘EH!’, segmen ‘Kata Lelaki’, circa 2002

More

Anda ekspresif? Tampak impresif? Oh… Wow!

Leave a comment

Ekspresif, Impresif… Wow!
Airil Haimi Adnan untuk majalah ‘EH!’, segmen ‘Kata Lelaki’, 2005

Untuk memproses dan juga mengintepretasi maklumat, otak manusia mempunyai kebolehan sensori luar biasa. Dalam detik 0.2 saat sahaja, data yang diterima oleh deria kita akan diproses dan diintepretasi. Sistem bio-elektrik otak membolehkan kita menerima dan memahami pelbagai jenis data dengan cepat, membantu kita mengatur tindakan atau respons yang sepatutnya. Sememangnya, otak manusia mempunyai kebolehan impresif!

Namun, apakah erti semua ini dalam realiti kehidupan sehari-hari? Mungkinkah ia membuat kita terperdaya dengan imej awal, yang selalunya salah dan tidak tepat? Sebagai seorang pengkaji manusia, saya tidak suka kepada first impression. Ianya suatu konsep yang membuatkan ramai individu tertipu dengan imej hebat yang ditonjolkan sehingga mereka terlupa untuk menilai sesuatu atau seseorang dengan lensa wide angle.

Anda mudah percaya dengan apa yang dilihat?

Sebagai contoh, anda mungkin teruja apabila melihat seorang artis di kaca televisyen atau tergoda dengan suaranya yang lunak di corong radio. Ditakdirkan suatu hari nanti anda ketemu dengan artis itu, adakah imej indah yang beliau tonjolkan akan terlihat? Atau anda akan sakit hati apabila sedar segalanya hanya indah khabar dari rupa, dan idola anda itu langsung tidak layak dilihat dan diterima sebagai idola?

More

Older Entries

%d bloggers like this: