Ujian personaliti, inventori personaliti lelaki beridentiti NeoMaskulin yang ‘romantis’ 2-2

Leave a comment

DETIK BERKUIZ: ‘MENJADI SANG NEOMASKULIN ROMANTIS’
oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin
ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’
edisi Januari 2014

PENJELASAN inventori lapor-kendiri personaliti ini…

ANDA…

adalah sang NeoMaskulin yang amat romantis jika markah terkumpul anda di antara 75 hingga 51.

More

Advertisements

Ujian personaliti, inventori personaliti lelaki beridentiti NeoMaskulin yang ‘romantis’ 1-2

Leave a comment

DETIK BERKUIZ: ‘MENJADI SANG NEOMASKULIN ROMANTIS’
oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin
ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’
edisi Januari 2014

Tidak dapat dinafikan naluri seorang laki-laki untuk mencintai sepenuh hati dan dicintai sepanjang usianya… Biar pun anda tampak ganas (brutal) atau anda seorang lelaki pemalu yang berjalan tunduk di hadapan wanita, hakikatnya mudah – setiap lelaki, secara rahsia, ingin menjadi romantis!

Dan, tahukah anda bahawa kita laki-laki adalah spesies yang amat manja (berbanding wanita yang kononnya semuanya manja)? Kita sentiasa ingin tahu bahawa diri kita disayangi dan kita juga amat perlu bergantung harap kepada teman-kekasih – si dia – yang paling istimewa dalam hidup kita.

Maka, bulan ini sebagai membuka ruangan baharu Helai-Fakta NeoMaskulin, saya dengan sepenuh hormatnya ingin menjemput anda untuk melengkapkan kuiz lapor-kendiri personaliti di bawah supaya anda boleh tahu tahap keromantisan anda pada ketika ini…

More

Ujian personaliti, contoh inventori personaliti diri (cerita lelaki) NeoMaskulin

Leave a comment

Entri ini adalah pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin yang sudah pun dimuat naik (dalam beberapa bahagian) ke weblog TeechConsult @ BlogSpot yang memfokus kepada isu-isu gender (lelaki khasnya).

Penjelasan penuh inventori lapor kendiri berkenaan pula boleh dimuat turun secara bebas dari seksyen ‘Lelaki NeoMaskulin’ di Librari TeechConsult (TeechConsult Librarium).

More

Personaliti kanak-kanak praformal (prasekolah) sedikit informasi untuk anda

8 Comments

Sungguh pun weblog ini memfokus kepada personaliti remaja serta dewasa (dan kaedah serta radas menilai, mengukur psikologi personaliti remaja serta dewasa), PERSONALITI KANAK-KANAK juga suatu topik yang amat menarik untuk dikaji serta didalami. Malah, tidak lengkap rasanya jika topik ini tidak dibincangkan, walaupun tidak secara mendalam.

Atas dasar ini, entri berikut memberi sedikit maklumat tentang personaliti kanak-kanak. Pautan di akhir entri pula membawa anda ke weblog KIDSpad di mana dunia kanak-kanak menjadi fokus utama. Oleh itu, teruskan menimba ilmu pengetahuan berkenaan personaliti manusia!

* Petikan siri artikel PERSONALITI DIRI SI KECIL KONTEMPORARI untuk majalah Pa&Ma, Karangkraf (M), ruangan ‘Pendidikan Pra-Formal’, Julai 2012 (bahagian 1)

More

Definisi “personaliti”. Erti perkataan “personaliti”. Makna istilah “personaliti”.

Leave a comment

Personaliti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (personaliti) membawa erti keperibadian dan perwatakan seseorang.

<  K L I K jika ingin tahu 4 konstruk P E R S O N A L I T I pula  >

Personaliti = keperibadian dan perwatakan seseorang.

Petikan ruangan bulanan “Bicara Neo Maskulin”, di majalah “Maskulin” terbitan Karangkraf (M), edisi Mac 2012.

Konsep identiti (dari perspektif gender kontemporari) dibincangkan secara mendalam di platform BlogSpot. Lihat entri 1, entri 2 tentang wanita, entri 3, entri 4 tentang lelaki.

More

Definisi “identiti”. Erti perkataan “identiti”. Makna istilah “identiti”.

3 Comments

Identiti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.

<  K L I K jika ingin tahu 4 konstruk I D E N T I T I pula  >

Idéntiti = sifat-sifat yang terdapat pada seseorang yang sebagai suatu keseluruhan mengasingkannya daripada yang lain.

Petikan ruangan bulanan “Bicara Neo Maskulin”, di majalah “Maskulin” terbitan Karangkraf (M), edisi Mac 2012.

Konsep identiti (dari perspektif gender kontemporari) dibincangkan secara mendalam di platform BlogSpot. Lihat entri 1, entri 2 tentang wanita, entri 3, entri 4 tentang lelaki.

More

Sahabat sejati? Rakan, teman sampai ke mati!

17 Comments

Mengenal sahabat: 10 perkara yang perlu anda ambil tahu…
Airil Haimi Adnan untuk majalah ‘Rapi’, ruangan ‘Motivasi’, 1 November 2006

Sahabat. Rakan. Kawan. Semuanya membawa konotasi dan pengertian berbeza tetapi di penghujung hari, sahabat yang baik boleh menjadikan hidup kita lebih bererti dan bermakna. Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil ‘sahabat’?

1. Sahabat yang sejati, tidak ramai.

Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang begitu ramai, tetapi tidak pula membawa kesan atau memori yang berkekalan.

2. Sahabat yang sebenar, jujur.

Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga dengan pujian tidak ikhlas. Walaupun kadangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

More

Bicara Neo Maskulin… usaha menjejaki sang Neomaskulin

1 Comment

Petikan Bicara Neo Maskulin, majalah Maskulin, Karangkraf (M) Jun ’10
Bicara Tentang Sang NeoMaskulin

Sembilan tahun! Begitu lama sebenarnya, sejak terma lelaki neo atau ‘Neomaskulin’ mula terpampang di beberapa majalah Malaysia. Usaha untuk memperkenalkan konsep sang neomaskulin kemudian diteruskan dengan terbitnya buku dalam bahasa Melayu tentang lelaki neomaskulin. Dan usaha ini disambung dengan ruangan bulanan ini yang telah beberapa tahun bersama anda.

Konsep neomaskulin sebenarnya dikongsi juga dengan sahabat-sahabat neo kita di negara Jerman, yang mana telah memperkenalkan identiti ini beberapa tahun lebih awal lagi daripada kita di Malaysia, Singapura dan Brunei – di mana majalah-majalah negara kita boleh dibeli. Anda hanya perlu membuat carian internet dengan kata kunci ‘neomaskulin’ untuk mendalami identiti lelaki baru ini.

Senarai semak 10 ciri lelaki beridentiti neomaskulin

Identiti neomaskulin sebenarnya mempunyai erti dan implikasi yang spesifik dan amat tepat, seperti juga terma lelaki homoseksual, uberseksual, ‘yuppie’ dan sebagainya. Anda hanya boleh menganggap diri anda sebagai lelaki neomaskulin jika anda boleh menjawab dengan tepat dan yakin semua soalan di bawah.

More

Older Entries

%d bloggers like this: