Ujian kerjaya, kuiz kerjaya berdasarkan lapan aspek/ciri personaliti diri anda 2-2

20 Comments

KERJAYA (dari Kamus Dewan DBP, edisi IV, terkini):

1. perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan, “kerjaya Barack Obama sebagai ahli politik“;

2. profesion atau pekerjaan yang telah dipilih sebagai cara mencari nafkah, “kerjaya saya dalam bidang penyelidikan“.

Ini adalah bahagian DUA daripada DUA entri yang bakal melihat, menilai dan mengukur aspek/ciri personaliti anda di alam kerjaya (klik untuk mengakses entri SATU). Kuiz/ujian kerjaya ini relevan untuk mereka yang sedang bekerja. Ia juga berguna untuk mereka yang pernah bekerja pada masa lampau atau yang bakal bekerja pada masa hadapan.

PASTIKAN anda mengikut langkah berikut sebelum memulakan kuiz/ujian ini (!)

More

Ujian kerjaya, kuiz kerjaya berdasarkan lapan aspek/ciri personaliti diri anda 1-2

1 Comment

KERJAYA (dari Kamus Dewan DBP, edisi IV, terkini):

1. perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan, “kerjaya Barack Obama sebagai ahli politik“;

2. profesion atau pekerjaan yang telah dipilih sebagai cara mencari nafkah, “kerjaya saya dalam bidang penyelidikan“.

Ini adalah bahagian SATU daripada DUA entri yang bakal melihat, menilai dan mengukur aspek/ciri personaliti anda di alam kerjaya (klik untuk mengakses entri DUA). Kuiz/ujian kerjaya ini relevan untuk mereka yang sedang bekerja. Ia juga berguna untuk mereka yang pernah bekerja pada masa lampau atau yang bakal bekerja pada masa hadapan.

PASTIKAN anda mengikut langkah berikut sebelum memulakan kuiz/ujian ini (!)

More

Teman. Kekasih. Teman-kekasih.

6 Comments

Seorang teman-kekasih akan membawa dan memberi yang terbaik kepada anda dari dua dunia yang berbeza – dunia persahabatan dan dunia romantis.

Seorang teman-kekasih melengkapkan ciri yang selama ini tidak cukup dalam identiti anda dan memperbaiki sifat yang selama ini menjadi kelemahan dalam personaliti anda.

More

Kuiz personaliti serta ujian kenali diri – informasi 2010

3 Comments

Kia ora, greetings dan salam hormat!

Jika anda terjumpa weblog ini melalui kata carian Internet “kuiz personaliti diri, kuiz personaliti, ujian iq atau kenali diri”, teruskan membaca dan mencuba beberapa kuiz/ujian yang telah dimuat naik ke weblog ini.

Untuk sementara waktu, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memuat naik kuiz/ujian personaliti terbaru. Ini kerana kesemua kuiz dan ujian di weblog ini sedang disunting, disusun dan ditulis semula untuk siri empat buah buku yang berkisar tentang psikologi personaliti manusia.

Buku pertama siri ini bertajuk “MEMAHAMI PSIKOLOGI PERSONALITI: SIAPAKAH SAYA?” sedang dalam proses pembacaan pertama dengan penerbit dan harapnya akan diterbitkan tahun 2010 ini. Maklumat lanjut akan dikongsi kemudian. Selamat membaca – Ed.

Sinopsis buku / blurb kulit buku yang bertajuk “MEMAHAMI PSIKOLOGI PERSONALITI: SIAPAKAH SAYA?”

Menjejak Sang Neomaskulin (2008) Shah Alam, Malaysia: Buku Prima Publications

4 Comments

PRAKATA ‘Menjejak Sang Neomaskulin’
Benih dan baja buku ini…

Menjejak Sang Neomaskulin

Benih buku ini, percaya atau tidak, mula bercambah sejak tahun 2002 lagi ketika saya mula menyumbang artikel untuk ruangan ‘Pendapat’ di majalah Maskulin. Kemudian pada tahun 2007 saya mula merancang secara serius untuk menulis sebuah buku tentang lelaki, untuk lelaki hari ini, berdasarkan penulisan di majalah popular, ruangan kaunseling dan nasihat ‘Bicara Neo Maskulin’ bermula lewat tahun 2005, dan juga projek penyelidikan yang pernah (dan sedang) saya jalankan untuk memahami pelbagai dilema, konflik serta masalah lelaki kontemporari sejak mula bertugas di akademia Malaysia. Tahun ini, akhirnya buku yang selama ini beku di peringkat perancangan dan difailkan di dalam laci angan-angan sahaja akhirnya menjadi realiti dalam masa dua bulan, iaitu Januari serta Februari 2008. Hasilnya adalah ‘Menjejak Sang Neomaskulin’ yang sedang anda baca dan saya berharap anda akan terus membaca buku ini sehingga tamat, tidak kira sama ada anda seorang lelaki mahupun wanita. Tetapi, apa sebenarnya yang dicakupi oleh buku ini dan kenapa ia perlu dibaca oleh setiap individu baik lelaki mahupun wanita?

More

Menjejak Sang Neomaskulin – Siapnya draf terakhir

Leave a comment

Akhirnya, setelah tiga bulan melalui proses suntingan dan susun letak (layout), draf kedua Menjejak Sang Neomaskulin telah berjaya disiapkan oleh Buku Prima dan sudah disunting baru je sebentar tadi dihantar balik. Tak sabar juga nak tengok produk terakhir nanti setelah beberapa bulan persiapan.

Kulit buku lengkap 'Menjejak Sang Neomaskulin'

Tapi ramai ke yang nak baca buku tu nanti untuk tau tentang dunia lelaki? Bukan ke orang Malaysia malas baca buku? Apa pun, tak kisahlah yang paling penting syukur kepada Tuhan, akhirnya buku tu tunggu proses terakhir je, which is the actual printing. Versi definitif kulit luar Menjejak Sang Neomaskulin pun dah siap, sayang sikit kata-kata Kak Shahriza dari majalah Fokus terpaksa dikeluarkan kepada kekangan ruang…

More

Menjejak Sang Neomaskulin – Komentar kulit buku

Leave a comment

Menyingkap identiti gender lelaki…

Di bawah adalah kulit buku ‘Menjejak Sang NeoMaskulin’ yang sedang dalam proses suntingan terakhir bersama team Buku Prima, dengan setinggi penghargaan kepada Kak Sharah sebagai Pengurus Besar Buku Prima (a wonderful Editor-in-Chief to work with), En Ali sebagai Ketua Editor BM yang sentiasa bekerja keras, and my superb and utterly creative layout editor, Mr Firdaus.

Nantikan tarikh pelancaran buku ini dan dapatkan ia di pasaran, sama ada dibeli sendiri atau dipinjam dari kengkawan atau dibaca sebagai kulit luar bungkusan nasi lemak yang baru anda beli (hope not, please)!

Draf awal kulit 'Menjejak Sang Neomaskulin'

More

%d bloggers like this: