DETIK BERKUIZ: ‘MENJADI SANG NEOMASKULIN ROMANTIS’
oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin
ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’
edisi Januari 2014

Tidak dapat dinafikan naluri seorang laki-laki untuk mencintai sepenuh hati dan dicintai sepanjang usianya… Biar pun anda tampak ganas (brutal) atau anda seorang lelaki pemalu yang berjalan tunduk di hadapan wanita, hakikatnya mudah – setiap lelaki, secara rahsia, ingin menjadi romantis!

Dan, tahukah anda bahawa kita laki-laki adalah spesies yang amat manja (berbanding wanita yang kononnya semuanya manja)? Kita sentiasa ingin tahu bahawa diri kita disayangi dan kita juga amat perlu bergantung harap kepada teman-kekasih – si dia – yang paling istimewa dalam hidup kita.

Maka, bulan ini sebagai membuka ruangan baharu Helai-Fakta NeoMaskulin, saya dengan sepenuh hormatnya ingin menjemput anda untuk melengkapkan kuiz lapor-kendiri personaliti di bawah supaya anda boleh tahu tahap keromantisan anda pada ketika ini…

SILA AMBIL PERHATIAN!

01. Ini ialah inventori psikologi personaliti MAKA tidak ada jawapan yang ‘salah’ atau yang ‘betul’. Yang dinilai dan diukur adalah manifestasi personaliti anda.

02. Oleh sebab tidak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’ JANGAN berfikir terlalu lama sebelum memilih jawapan untuk kesemua pernyataan yang diberikan.

03. Anda boleh mengambil seberapa lama yang perlu untuk menyiapkan kuiz ini, tetapi anda TIDAK DIBENARKAN membaca penjelasan saya terlebih dahulu.

04. Anda TIDAK BOLEH meminta pendapat sesiapa pun ketika mencuba kuiz ini. Dapatkan pandangan orang lain hanya selepas anda menyiapkan kuiz ini.

05. Anda perlu JUJUR menjawab inventori personaliti ini mengikut gerak hati anda dan bukan mencari kejituan atau ketepatan seperti di dalam peperiksaan.

Untuk setiap pernyataan yang saya berikan, sila pilih antara respons berikut = Amat setuju (5) / Agak setuju (4) / Mungkin juga setuju (3) / Sedikit tidak setuju (2) / Langsung tidak setuju (1)

KITA MULAKAN SEKARANG…

Dimensi 1-5: MEMAHAMI

01-15: Saya mengambil masa untuk bertanya kepada si dia tentang perasaan hatinya dan saya cuba menyelami hatinya yang paling dalam.

Respons anda? [___]

02-15: Saya percaya bahawa teman-kekasih perlu menjadi sahabat baik terlebih dahulu kerana sesungguhnya kasih-cinta tidak boleh dipaksa.

Respons anda? [___]

03-15: Saya dan teman-kekasih saya seakan-akan mempunyai ikatan batin dan jiwa yang kuat, saya tahu perasaan dia dan dia tahu perasaan saya.

Respons anda? [___]

Dimensi 2-5: MEMBERI

04-15: Saya tidak ada masalah jika saya terpaksa berbual dengan teman-kekasih saya sampai ke pagi jika dia sedang berasa risau atau sedih.

Respons anda? [___]

05-15: Saya senang membawa teman-kekasih saya keluar dan membelanjakan wang saya agar kami dapat makan dan minum bersama-sama.

Respons anda? [___]

06-15: Saya suka meluangkan masa khas untuk teman-kekasih saya, terutama sekali jika dia sedang memerlukan pendapat atau sokongan emosi daripada saya.

Respons anda? [___]

Dimensi 3-5: MENERIMA

07-15: Saya dapat menerima teguran daripada teman-kekasih saya jika dia merasakan ada sesuatu yang mungkin dapat diperbaiki dalam diri saya.

Respons anda? [___]

08-15: Saya senang berkongsi pendapat dengan teman-kekasih saya kerana dia adalah orang yang sentiasa mengutamakan kebajikan diri saya.

Respons anda? [___]

09-15: Saya dan teman-kekasih saya tidak ada batasan komunikasi kerana kami sedia berkongsi segala macam cerita.

Respons anda? [___]

Dimensi 4-5: MENYAYANGI

10-15: Saya mudah melahirkan perasaan kasih-cinta kepada teman-kekasih saya kerana dia adalah insan yang amat istimewa dalam hidup saya pada ketika ini.

Respons anda? [___]

11-15: Saya tidak pernah berasa sunyi kerana saya tahu walau di mana pun saya berada, teman-kekasih saya akan tetap berada dekat di dalam hati.

Respons anda? [___]

12-15: Saya selalu berasa bahawa saya sudah terjumpa teman-kekasih yang bakal menjadi pendamping hidup saya hingga ke mati.

Respons anda? [___]

Dimensi 5-5: MENYENANGKAN

13-15: Saya mudah tersenyum walaupun ketika saya bersendirian apabila saya teringat akan saat-saat indah yang saya kongsi bersama teman-kekasih saya itu.

Respons anda? [___]

14-15: Saya kini adalah lelaki yang lebih sabar kerana teman-kekasih saya membantu saya menjadi seorang individu yang lebih baik berbanding hari semalam.

Respons anda? [___]

15-15: Saya percaya bahawa kasih-cinta sejati adalah mudah dan membebaskan diri serta jiwa sejak saat-saat awal kami bersama hinggalah ke detik ini.

Respons anda? [___]

KLIK untuk penjelasan inventori lapor kendiri personaliti ini *

CUBA LAGI? TAMBAHKAN ILMU? [klik di bawah]

UJIAN kepintaran-cerdasan emosi
dari majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’,
tahun 2004

DAN

INVENTORI Lapor Kendiri Revolusi Hidup (Lelaki) NeoMaskulin [item #01 – #25]
petikan ruangan ‘Bicara NeoMaskulin’, majalah ‘Maskulin’ (Karangkraf, Malaysia)
siri 5 artikel bertajuk ‘TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI‘,
Disember 2012 hingga April 2013

DAN

INVENTORI Lapor Kendiri Revolusi Hidup (Lelaki) NeoMaskulin [item #26 – #50]
petikan ruangan ‘Bicara NeoMaskulin’, majalah ‘Maskulin’ (Karangkraf, Malaysia)
siri 5 artikel bertajuk ‘TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI‘,
Disember 2012 hingga April 2013