Entri ini adalah pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin yang sudah pun dimuat naik (dalam beberapa bahagian) ke weblog TeechConsult @ BlogSpot yang memfokus kepada isu-isu gender (lelaki khasnya).

Penjelasan penuh inventori lapor kendiri berkenaan pula boleh dimuat turun secara bebas dari seksyen ‘Lelaki NeoMaskulin’ di Librari TeechConsult (TeechConsult Librarium).

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin adalah sebahagian siri lima artikel bertajuk ‘TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMAS KINI’ dalam ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin, terbitan Karangkraf, Malaysia.

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin dan juga perbincangan berkaitan ditampilkan di dalam majalah Maskulin, dari Disember 2012 hingga April 2013, sebagai wadah pembudayaan ilmu tentang diri, identiti serta personaliti laki-laki.

LIMA sfera kehidupan Lelaki NeoMaskulin yang terkandung dalam inventori lapor kendiri ini adalah seperti tertera di bawah. Pautan-pautan terus (direct links) juga dikongsi di bawah. Teruskan mengembara ke dunia Lelaki NeoMaskulin!

Entri #1

Hakikat, realiti demi revolusi hidup laki-laki;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kesihatan fizikal.

Entri #2

Realiti hidup lelaki neomaskulin: kestabilan personaliti;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: posisi dalam jaringan sosial.

Entri #3

Realiti hidup lelaki neomaskulin: keseimbangan mental;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kekayaan jiwa atau spiritual.

Entri #4

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #01 hingga #25.

Entri #5

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #26 hingga #50.

Librari TeechConsult

Akses seksyen ‘Lelaki NeoMaskulin’ untuk huraian, penjelasan penuh inventori.

TeechConsult @ NOTEpad

Perenggan awal siri artikel ‘Tahun baru, diri yang lama, versi kemaskini‘;
Rasional untuk memulakan revolusi dalam hidup Lelaki NeoMaskulin.

TeechConsult @ WordPress

Pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin.