KERJAYA (dari Kamus Dewan DBP, edisi IV, terkini):

1. perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan, “kerjaya Barack Obama sebagai ahli politik“;

2. profesion atau pekerjaan yang telah dipilih sebagai cara mencari nafkah, “kerjaya saya dalam bidang penyelidikan“.

Ini adalah bahagian DUA daripada DUA entri yang bakal melihat, menilai dan mengukur aspek/ciri personaliti anda di alam kerjaya (klik untuk mengakses entri SATU). Kuiz/ujian kerjaya ini relevan untuk mereka yang sedang bekerja. Ia juga berguna untuk mereka yang pernah bekerja pada masa lampau atau yang bakal bekerja pada masa hadapan.

PASTIKAN anda mengikut langkah berikut sebelum memulakan kuiz/ujian ini (!)

PERTAMA, anda boleh menggunakan kertas sendiri untuk menjawab kuiz/ujian ini. Akan tetapi, matriks permarkatan sebenar boleh anda muat turun dan cetak DI SINI (di bawah tajuk ‘Psikologi personaliti’ di Librari TeechConsult, cari dokumen pemarkahan).

KEDUA, tidak ada had masa untuk menamatkan kuiz/ujian ini. Akan tetapi, anda TIDAK BOLEH (a) berbincang dengan orang lain ketika kuiz/ujian, dan (b) MEMBACA/MELIHAT penjelasan terlebih dahulu.

KETIGA, fahami setiap pernyataan (item) yang diberi dan pilih antara – Amat tidak setuju (1) / Tidak setuju (2) / Tiada pendapat (3) / Setuju (4) / Amat setuju (5) – kemudian kira skor anda untuk setiap pernyataan.

BERSEDIA? Mari mulakan (penjelasan tentang skor akhir anda akan diberikan kelak).

KUIZ/UJIAN LAPAN ASPEK/CIRI PERSONALITI DI ALAM KERJAYA

Bahagian DUA daripada DUA, item #46-90 ada di bawah
[ KLIK untuk bahagian SATU daripada DUA, item #01-45 ]

 

46. Jujur saya katakan, saya bukanlah seorang individu yang boleh digelar optimis.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

47. Saya selalu berusaha sedaya-upaya saya demi mencapai kesemua objektif hidup.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

48. Saya suka berada dalam suasana riuh-rendah seperti di stesen bus atau kereta api.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

49. Seingat saya, jarang saya berasa geram atau marah ketika berada di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

50. Kadangkala saya mengelat ketika bermain permainan komputer dan sebagainya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

51. Kadang-kadang, orang yang terlalu mengambil risiko hanya cuba mencari nahas.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

52. Ada waktu-waktunya saya akan sukar tidur kerana tekanan berkaitan pekerjaan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

53. Semua orang memiliki potensi diri untuk mencapai kehebatan dalam hidup ini.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

54. Semasa di kolej/universiti, saya tidak pernah lewat menghantar esei dan tugasan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

55. Saya adalah seorang individu yang gemar mencari penyelesaian kepada masalah.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

56. Kadang-kadang saya akan rasa begitu senang dan tenang ketika saya bersendirian.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

57. Seorang pekerja yang pemarah perlu diberi kaunseling atau dipecat serta-merta.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

58. Guru tidak wajar beri peluang kepada pelajar yang meniru semasa peperiksaan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

59. Individu-individu yang saya kagumi lazimnya gemar mengambil risiko besar.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

60. Saya pernah berasa ingin menangis kerana masalah-masalah di tempat kerja saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

61. Semasa di sekolah dahulu saya sering menjadi ketua kelas, kelab dan persatuan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

62. Saya sentiasa menghabiskan semua tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

63. Memang saya kurang gemar berada dalam majlis keramaian yang hingar-bingar.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

64. Hilang kawalan lantas melepaskan marah adalah tanda kelemahan personaliti.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

65. Ramai remaja pernah mencuri, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

66. Sebelum bertindak, sudah pasti saya perlu semua maklumat yang boleh dikumpul.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

67. Saya amat berharap saya dapat menangani stres dengan lebih baik di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

68. Dalam mesyuarat, rakan-rakan sekerja sentiasa meminta idea dan pendapat saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

69. Kadangkala agak sukar untuk saya mengatur keutamaan sewaktu sedang bekerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

70. Saya gemar berbual dengan semua walaupun orang yang tidak berapa saya kenali.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

71. Jujur saya katakan, jalur karier saya sekarang amat kena dengan personaliti saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

72. Saya rasa ingin membalas dendam terhadap pekerja lain yang biadap dengan saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

73. Jika anak mereka ditangkap kerana mencuri, ibu bapa perlu memberi hukuman.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

74. Sebenarnya saya amat percaya kepada segala gerak hari dan intuisi yang dirasai.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

75. Saya pernah menghadapi sakit ulser dalam perut kerana tekanan di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

76. Berfikir tentang impian besar dalam hidup ini pasti membuat saya berasa teruja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

77. Jarang saya membiarkan tugasan saya begitu sahaja tanpa cuba menyiapkannya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

78. Parti atau majlis yang riuh-rendah sebenarnya membuat saya berasa senang hati.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

79. Semua pekerja pernah berasa marah lantas ingin mencederakan majikan mereka.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

80. Undang-undang hari ini terlalu memandang ringan akan jenayah seperti mencuri.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

81. Sudah pasti kita tidak akan berjaya dalam bisnes kalau tidak mengambil risiko.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

82. Saya tidak pernah makan dan minum terlalu banyak kerana tekanan dan juga stres.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

83. Saya lebih senang kalau saya diberikan ruang untuk bekerja tanpa ada gangguan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

84. Saya tidak kisah jika perlu berjaga semalaman hanya untuk menyiapkan tugasan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

85. Saya suka berehat dan bersantai dengan gelak ketawa bersama teman-teman saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

86. Saya mengaku saya pernah mengamuk apabila pekerja lain menyakitkan hati saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

87. Saya kagum dengan ibu bapa yang tegas dan begitu mendisiplinkan anak mereka.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

88. Kawan-kawan saya pasti bersetuju kalau saya katakan gerak hati saya amat kuat.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

89. Ada waktu-waktunya saya ingin berhenti bekerja kerana tekanan yang berlebihan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

90. Saya mahu diingati dan disanjungi sebagai insan yang telah mencapai kehebatan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

 

Bahagian DUA daripada DUA, item #46-90 ada di atas
[ KLIK untuk bahagian SATU daripada DUA, item #01-45 ]

* Terus ke ‘Psikologi personaliti’ di Librari TeechConsult untuk HURAIAN skor!

About these ads