KERJAYA (dari Kamus Dewan DBP, edisi IV, terkini):

1. perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan, “kerjaya Barack Obama sebagai ahli politik“;

2. profesion atau pekerjaan yang telah dipilih sebagai cara mencari nafkah, “kerjaya saya dalam bidang penyelidikan“.

Ini adalah bahagian SATU daripada DUA entri yang bakal melihat, menilai dan mengukur aspek/ciri personaliti anda di alam kerjaya (klik untuk mengakses entri DUA). Kuiz/ujian kerjaya ini relevan untuk mereka yang sedang bekerja. Ia juga berguna untuk mereka yang pernah bekerja pada masa lampau atau yang bakal bekerja pada masa hadapan.

PASTIKAN anda mengikut langkah berikut sebelum memulakan kuiz/ujian ini (!)

PERTAMA, anda boleh menggunakan kertas sendiri untuk menjawab kuiz/ujian ini. Akan tetapi, matriks permarkatan sebenar boleh anda muat turun dan cetak DI SINI (di bawah tajuk ‘Psikologi personaliti’ di Librari TeechConsult, cari dokumen pemarkahan).

KEDUA, tidak ada had masa untuk menamatkan kuiz/ujian ini. Akan tetapi, anda TIDAK BOLEH (a) berbincang dengan orang lain ketika kuiz/ujian, dan (b) MEMBACA/MELIHAT penjelasan terlebih dahulu.

KETIGA, fahami setiap pernyataan (item) yang diberi dan pilih antara – Amat tidak setuju (1) / Tidak setuju (2) / Tiada pendapat (3) / Setuju (4) / Amat setuju (5) – kemudian kira skor anda untuk setiap pernyataan.

BERSEDIA? Mari mulakan (penjelasan tentang skor akhir anda akan diberikan kelak).

KUIZ/UJIAN LAPAN ASPEK/CIRI PERSONALITI DI ALAM KERJAYA

Bahagian SATU daripada DUA, item #01-45 ada di bawah
KLIK untuk bahagian DUA daripada DUA, item #46-90 ]

01. Saya seorang individu yang tidak kelam-kabut dalam melakukan sebarang aktiviti.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

02. Jujur saya katakan, selagi boleh saya akan menjauhkan diri daripada ramai orang.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

03.Semasa di sekolah dahulu saya adalah pelajar yang amat aktif dan selalu berjaya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

04. Semua orang pasti terpaksa melalui episod marah dan naik angin di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

05. Saya seorang individu yang percaya bahawa dalam dunia ini semua orang jujur.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

06. Kalau boleh saya lebih senang mengikut rutin harian saya semasa di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

07. Jujur saya katakan, saya adalah individu yang jarang berasa risau serta bimbang.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

08. Apabila saya berfikir tentang masa hadapan, saya pasti akan berasa amat teruja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

09. Saya pasti akan cuba menghabiskan semua tugasan yang diberikan kepada saya.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

10. Saya tidak berapa gemar bersembang serta berbual kosong dengan orang lain.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

11. Kadangkala rasa marah saya terlalu kuat sehingga ia tidak dapat dibendung lagi.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

12. Lazimnya semua orang akan bertindak berdasarkan naluri hati yang bersih suci.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

13. Saya akan berfikir secara berhati-hati sebelum saya membuat sebarang keputusan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

14. Selalu juga saya rasa kurang bermaya dan tidak larat bekerja kerana tekanan stres.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

15. Lazimnya para pekerja akan memilih untuk melakukan kerja-kerja ringan sahaja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

16. Seingat saya, tidak pernah saya bertindak berdasarkan gerak hati semata-mata.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

17. Jujur saya katakan, saya tidak pernah pun membaca buku yang membosankan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

18. Saya akan pastikan tempat saya bekerja sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

19. Kalau diberi pilihan, lazimnya saya lebih senang melakukan kerja bersendirian.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

20. Individu yang berkepala angin tidak harus diberikan sebarang bentuk pekerjaan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5


CUBA YANG LAIN?

UJIAN personaliti, inventori personaliti lelaki beridentiti NeoMaskulin ‘romantis’ oleh Dr. Airil Haimi Adnan (PhD), untuk majalah Maskulin ruangan bulanan ‘Helai-Fakta NeoMaskulin’ Januari 2014

KUIZ/UJIAN psikologi personaliti – narsisisme, narsisistik, puja-puji diri sendiri petikan draf manuskrip Siri Kuiz/Ujian Psikologi Personaliti, buku kedua ‘MENDALAMI PSIKOLOGI PERSONALITI’

UJIAN kepintaran-cerdasan emosi (EI-Q – emotional intelligence)
dari majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’, 2004


21. Ibu bapa perlu memegang tanggungjawab untuk mendidik anak tentang kejujuran.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

22. Saya adalah seorang individu yang agak cepat berasa bosan dengan rutin harian.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

23. Jujur saya katakan, agak jarang saya berasa gentar, takut, risau serta bimbang.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

24. Dalam hidup ini, semua orang mempunyai naluri mementingkan diri sendiri.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

25. Saya bukanlah seorang individu yang terlalu memfokus kepada kekemasan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

26. Apabila berada dalam kumpulan yang besar, saya pasti tidak akan senang duduk.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

27. Mereka yang selalu berasa marah adalah orang yang mempunyai masalah serius.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

28. Di tempat kerja pada zaman moden ini, terlalu banyak ketidak-jujuran berlaku.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

29. Saya benar-benar percaya bahawa mengambil risiko adalah ramuan kejayaan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

30. Sebenarnya, saya selalu berasa risau serta bimbang tanpa sebab-sebab yang jelas.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

31. Dewasa ini ramai pekerja tidak diberi tugasan yang agak mencabar oleh majikan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

32. Setahu saya, saya adalah seorang individu yang begitu efektik di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

33. Jika terpaksa bersendirian sudah pasti saya akan berasa sunyi dan perlukan teman.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

34. Semasa zaman persekolahan, saya tidak pernah berasa benci kepada guru-guru.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

35. Tidak ada seorang pun yang berhak melepaskan rasa marah semasa dia bekerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

36. Jika seorang pekerja ditangkap ketika dia mencuri, dia mesti dipecat serta-merta.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

37. Saya selalu membayangkan harinya saya memulakan usaha niaga saya sendiri.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

38. Kata teman-teman rapat, saya adalah seorang individu yang agak terlalu sensitif.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

39. Secara amnya, semua pekerja akan berasa senang dengan cabaran di tempat kerja.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

40. Saya selalu terpaksa berdepan dengan situasi sukar tanpa persediaan yang cukup.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

41. Saya sudah menghadiri beberapa majlis keramaian yang hebat sepanjang tahun ini.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

42. Suatu ketika dahulu, saya adalah orang yang panas baran dan terlalu cepat marah.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

43. Saya rasa semua orang pernah ingin mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

44. Saya amat gemar mencuba makanan-makanan baru yang eksotik dan sukar dicari.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

45. Saya seorang yang tenang sewaktu berhadapan dengan kegawatan dan kecemasan.
Respons? 1 | 2 | 3 | 4 | 5

Bahagian SATU daripada DUA, item #01-45 ada di atas
KLIK untuk bahagian DUA daripada DUA, item #46-90 ]

* Terus ke ‘Psikologi personaliti’ di Librari TeechConsult untuk HURAIAN skor!

TAMBAHKAN ILMU DI DADA?

INVENTORI Lapor Kendiri Revolusi Hidup (Lelaki) NeoMaskulin [item #01 – #25]
petikan ruangan ‘Bicara NeoMaskulin’, majalah ‘Maskulin’ (Karangkraf, Malaysia)
siri 5 artikel bertajuk ‘TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI‘,
Disember 2012 – April 2013

INVENTORI Lapor Kendiri Revolusi Hidup (Lelaki) NeoMaskulin [item #26 – #50]
petikan ruangan ‘Bicara NeoMaskulin’, majalah ‘Maskulin’ (Karangkraf, Malaysia)
siri 5 artikel bertajuk ‘TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI‘,
Disember 2012 – April 2013