Kia ora, greetings dan salam hormat!

Jika anda terjumpa weblog ini melalui kata carian Internet “kuiz personaliti diri, kuiz personaliti, ujian iq atau kenali diri”, teruskan membaca dan mencuba beberapa kuiz/ujian yang telah dimuat naik ke weblog ini.

Untuk sementara waktu, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memuat naik kuiz/ujian personaliti terbaru. Ini kerana kesemua kuiz dan ujian di weblog ini sedang disunting, disusun dan ditulis semula untuk siri empat buah buku yang berkisar tentang psikologi personaliti manusia.

Buku pertama siri ini bertajuk “MEMAHAMI PSIKOLOGI PERSONALITI: SIAPAKAH SAYA?” sedang dalam proses pembacaan pertama dengan penerbit dan harapnya akan diterbitkan tahun 2010 ini. Maklumat lanjut akan dikongsi kemudian. Selamat membaca – Ed.

Sinopsis buku / blurb kulit buku yang bertajuk “MEMAHAMI PSIKOLOGI PERSONALITI: SIAPAKAH SAYA?”

Pernahkah anda membaca e-mel berantai tentang tarikh lahir, bulan kelahiran dan personaliti manusia? Bagaimana pula dengan ciri personaliti yang boleh dibaca (ditilik?) melalui nama anda? Apa pendapat anda tentang hubung kait jenis darah seseorang dengan personaliti individu itu? Adakah anda percaya (terperdaya?) dengan topik-topik yang tiada bukti sahih ini?
 
Memahami Psikologi Personaliti membicarakan disiplin ilmu ini secara ilmiah dengan menggunakan pendekatan sains sosial kontemporari tetapi dengan gaya bahasa dan penulisan yang tidak terlalu formal.
 
Dengan 500 soalan kuiz dan item ujian yang melihat, menilai serta mengukur 13 manifestasi dan dimensi personaliti anda, buku praktikal ini akan menjawab persoalan yang selama ini bermain di kotak minda anda…
 
SIAPAKAH SAYA?