Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Anda cintakan keamanan dan inginkan hidup harmonis?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Sukar untuk saya mengatakan “tidak”.

2. Kata teman-teman saya seorang yang keras kepala.

3. Saya bijak menyembunyikan rasa marah saya.

4. Saya cepat merasakan perasaan orang lain.

5. Saya mahu orang lain menyukai diri saya.

6. Sukar untuk saya tahu kemahuan saya yang sebenar.

7. Saya sering memikirkan tentang masa lampau.

8. Personaliti saya adalah gabungan ciri semua personaliti.

9. Saya mampu menilai semua sudut pandangan.

10. Saya suka bila dikelilingi orang lain.

11. Hidup saya dipenuhi rutin dan tabiat yang sama.

12. Saya sentiasa menghormati pandangan orang lain.

13. Jarang untuk saya memberikan pendapat negatif.

14. Pendapat orang lain perlu diberi ruang.

15. Kadangkala saya cuba melanggar peraturan.

16. Saya suka bila berada dalam kelompok teman-teman.

17. Saya rasa saya terlalu banyak berfikir setiap detik.

18. Saya suka mengumpul barang-barang.

19. Kadangkala saya tidak mahu membuat apa-apa.

20. Pendapat saya mungkin akan menyebabkan konflik.

21. Agak sukar untuk saya memulakan suatu pekerjaan.

22. Saya mampu memberi sokongan kepada orang lain.

23. Saya meluangkan masa yang lama untuk hobi saya.

24. Antara dihormati atau disukai, saya pilih disukai.

Personality type 09, The Peacemaker

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?