Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Adakah anda rasa anda perlu menyoal segala-galanya?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Sebelum bertindak kita wajib berfikir terlebih dahulu.

2. Saya mudah lupa memori-memori saya yang indah.

3. Kadangkala saya memberontak tanpa apa-apa sebab.

4. Mereka yang memimpin sentiasa ada agenda tersendiri.

5. Saya adalah seorang yang setia dalam perhubungan.

6. Saya cepat berasa diri saya berada di dalam bahaya.

7. Imaginasi saya amat aktif dan tidak ada hadnya.

8. Sebenarnya saya cepat berasa risau tanpa sebab.

9. Saya bangga kerana diri saya unik dan tersendiri.

10. Diri saya penuh dengan misteri dan rahsia.

11. Saya seorang yang tidak mudah gentar dan takut.

12. Saya tidak suka apabila saya melakukan kesilapan.

13. Agak sukar untuk saya menyiapkan segala tugasan.

14. Kegagalan saya lebih banyak daripada kejayaan saya.

15. Saya selalu curiga dengan pihak yang berkuasa.

16. Saya akan sentiasa menyokong pihak yang lemah.

17. Kemarahan adalah sesuatu yang amat buruk.

18. Saya amat suka mempersoalkan segala sesuatu.

19. Saya selalu bersedia menghadapi segala musibah.

20. Saya amat menyukai kerja sosial dan sukarela.

21. Saya seorang manusia yang bertanggungjawab.

22. Kita perlu bertindak secara asertif dan penuh yakin.

23. Kadangkala saya terlanjur mengkritik diri sendiri.

24. Saya adalah seseorang yang pintar lagi cerdas.

Personality type 06, The Questioner

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?