Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Anda memiliki kecenderungan personaliti romantik?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Cinta pasti memberi saya kebahagiaan.

2. Saya rasa perasaan saya agak sukar untuk dikawal.

3. Sebenarnya perasaan membantu kita membuat keputusan.

4. Kadangkala ‘mood’ saya terlalu negatif.

5. Saya selalu berasa diri saya memerlukan sesuatu.

6. Saya biasa berasa sedih apabila memikirkan masa lampau.

7. Jika sesuatu mudah untuk diperolehi, ia tidak memberi erti.

8. Saya senang dengan perhubungan yang amat intim dan rapat.

9. Sebenarnya saya perlu lebih memahami diri saya.

10, Saya tidak seperti orang lain, saya selalu berasa tersisih.

11. Saya dahagakan perhubungan romantis dengan orang lain.

12. Teman-teman berkata saya kadangkala terlalu ekstrem.

13. Saya cepat takut apabila kasih dan cinta mula bercambah.

14. Saya amat suka apabila pendapat saya diminta oleh orang.

15. Saya cepat sakit hati dengan perangai negatif orang lain.

16. Saya tidak mahu diri saya sama sahaja seperti orang lain.

17. Integriti seseorang adalah nilai yang penting bagi saya.

18. Fokus saya adalah masa lampau dan masa depan sahaja.

19. Saya amat sensitif kepada perasaan orang lain.

20. Selalunya saya terlalu cepat memikirkan perkara negatif.

21. Tidak ada seorang pun yang mengenali diri saya.

22. Saya tidak ambil pusing dengan perkembangan fesyen.

23. Saya pantang kalau diri saya dilupakan atau dikritik.

24. Saya tidak suka hidup saya dikawal oleh sesiapa pun.

Personality type 04, The Romantic

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?