Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Cenderung untuk melakukan inisiatif yang tidak mudah?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Saya seorang manusia yang amat efisyen dalam pekerjaan.

2. Pencapaian yang tinggi adalah penting bag diri saya.

3. Saya dihormati orang kerana sudah banyak mencapai kejayaan.

4. Selalunya saya kurang tahu perasaan saya yang sebenar.

5. Perasaan saya harus diketepikan apabila saya melakukan sesuatu kerja.

6. Imej yang saya tampilkan kepada orang lain adalah amat penting.

7. Saya amat benci kepada orang yang suka membuang masa.

8. Saya mampu melakukan beberapa pekerjaan pada waktu yang sama.

9. Semua pencapaian saya setakat ini adalah amat membanggakan.

10. Saya suka diberi kuasa untuk membuat dan memantau peraturan.

11. Sebenarnya saya memiliki dorongan peribadi yang kuat di dalam diri.

12. Lazimnya saya kurang berfikir sebelum saya mula bertindak.

13. Saya adalah manusia yang amat suka bersaing dengan orang lain.

14. Saya mahu hidup yang sentiasa stabil dari segi kewangan.

15. Selalunya saya akan berfikir secara positif bukan negatif.

16. Setiap tugasan yang saya mulakan akan saya lakukan hingga selesai.

17. Saya suka apabila kerja yang saya lakukan menerima pujian.

18. Saya kurang senang kalau ditanya tentang perkara yang peribadi.

19. Apabila melakukan pekerjaan tahap fokus saya adalah tinggi.

20. Imej luaran yang saya paparkan adalah diri saya yang sebenar.

21. Saya suka apabila diri saya dihormati oleh orang lain.

22. Sebenarnya orang lain mudah dipengaruhi oleh diri saya.

23. Saya selalu mengelak dari bergaul dengan orang yang negatif.

24. Saya sentiasa bekerja keras dalam setiap usaha yang saya lakukan.

Personality type 03, The Achiever

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?