Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Anda suka membantu meringankan beban orang lain?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Perhubungan antara manusia adalah penting dalam kehidupan.

2. Teman-teman sebenarnya amat memerlukan saya.

3. Saya kurang pasti siapa diri saya yang sebenarnya.

4. Saya suka kalau dilihat seksi, tetapi saya tidak mahu hubungan seks.

5. Kebebasan adalah penting untuk diri saya sebenarnya.

6. Saya amat suka kalau pendapat saya diminta oleh orang lain.

7. Saya boleh menyesuaikan diri dengan orang lain dengan cepat.

8. Agak sukar untuk saya berdikari dan tidak meminta bantuan orang.

9. Saya mengharap sedikit balasan apabila menghulurkan bantuan.

10. Saya akan berasa teruja jika dapat memenangi hati seseorang.

11. Saya sedih jika saya tidak dapat menjalinkan hubungan istimewa.

12. Saya perlukan sokongan dan persetujuan daripada semua orang.

13. Selalunya saya tidak menunjukkan kemahuan saya yang sebenar.

14. Ini kerana saya sendiri kurang pasti apa kemahuan saya sebenarnya.

15. Saya suka berada di dalam kelompok orang yang penting dan glamor.

16. Saya benci kalau berasa terkawal dan terkongkong oleh orang lain.

17. Saya takut apabila saya terpaksa melihat ke dalam diri sendiri.

18. Sudah banyak yang saya lakukan untuk menyenangkan orang lain.

19. Saya pasti menerima reaksi negatif jika berkongsi perasaan sebenar.

20. Saya sudah letih kerana terlalu banyak memberi bantuan dan nasihat.

21. Saya cepat takut jika saya sudah terlalu rapat dengan seseorang.

22. Saya yang selalu memberi dorongan dan semangat kepada orang lain.

23. Saya cepat sakit hati apabila diri saya dikritik oleh orang lain.

24. Sebenarnya orang lain kurang menghargai diri saya yang sebenar.

Personality type 02, The Helper

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?