Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing
DISUNTING pada Sabtu, tanggal 7 April 2012 

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Anda insan yang begitu mengutamakan kesempurnaan?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Saya seorang yang kemas dan suka kekemasan.

2. Saya suka mereka yang mengikut peraturan.

3. Saya benci mereka yang tidak menepati masa.

4. Saya suka pendam rasa tidak puas hati saya.

5. Saya seorang manusia yang praktikal dan realistik.

6. Saya rasa bersalah kalau saya terlalu banyak berehat.

7. Saya benci kalau dikritik dan kalau saya dinilai oleh orang.

8. Semua perkara tergolong kepada perkara benar dan salah sahaja.

9. Saya selalu membandingkan diri saya dengan orang lain.

10. Sebenarnya saya ini seorang manusia yang boleh diharapkan.

11. Segala yang kita lakukan perlu perincian serta kepastian.

12. Lazimnya saya tidak terlalu memikirkan tentang kemahuan saya.

13. Saya hampir pasti bahawa saya di pihak yang benar.

14. Saya berasa sukar untuk melakukan perkara yang spontan.

15. Segala yang kita lakukan mestilah melambangkan kesempurnaan.

16. Saya rasa bersalah kalau saya tidak banyak membuat kerja.

17. Saya percaya kepada nilai-nilai hidup yang positif.

18. Rasa cemburu membuat saya takut dan menjadi lebih kompetitif.

19. Saya selalu banyak berfikir sebelum membelanjakan wang.

20. Kebenaran dan keadilan adalah dua nilai kemanusiaan yang utama.

21. Sebenarnya, saya seorang insan yang terlalu cepat risau.

22. Rasa marah bukanlah sesuatu yang baik bagi saya.

23. Saya amat suka bila kerja yang saya buat memberi hasil yang baik.

24. Saya amat takut kalau-kalau saya terbuat sesuatu kesalahan.

Personality type 01, The Perfectionist

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

Walau bagaimanapun…

Tunggu sehingga anda selesai menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri penilaian kecenderungan ini sebelum membuat sebarang kesimpulan!

Kecenderungan personaliti / personality type 01: Perfectionist
Kecenderungan personaliti / personality type 02: Helper
Kecenderungan personaliti / personality type 03: Achiever
Kecenderungan personaliti / personality type 04: Romantic
Kecenderungan personaliti / personality type 05: Observer
Kecenderungan personaliti / personality type 06: Questioner
Kecenderungan personaliti / personality type 07: Adventurer
Kecenderungan personaliti / personality type 08: Asserter
Kecenderungan personaliti / personality type 09: Peacemaker

FAHAMI juga perbezaan erti/makna antara istilah personaliti serta istilah identiti.

KETAHUI kontroversi dalam isu/topik personaliti (entri 1, entri 2 & entri 2 alternatif).

TEROKAI definisi ilmiah (entri di dalam Bahasa Inggeris) konsep personaliti manusia.

* Kenali identiti Neofeminin (entri 1 & entri 2) serta NeoMaskulin (entri 1 & entri 2)?