Teech Airil sez Bersangkutan dengan awal bulan Muharram dan Januari tahun 2009, sesekali kita perlu menoleh ke belakang sebelum kita sedar betapa jauh (atau tidak begitu jauh) kita sudah berjalan serta berlari. Artikel ini dengan calitan bahasa Inggeris yang melampau, cara gaya pemikiran yang agak kurang matang, naif dan mungkin serba-sedikit menjengkelkan, percaya atau tidak, adalah artikel yang telah memulakan perjalanan yang jauh ini ke alam penulisan dengan lebih serius.

Ia juga telah membawa saya buat kali pertama sebagai ahli akademik hingusan ke hadapan kamera secara langsung dengan jemputan penerbit hebat Astro Ria, Adnan Awaluddin untuk ditemubual dalam salah satu episod program bual bicara televisyen ‘Malam Ini… Linda’. Terima kasih kepada Faizal Hamid, sahabat dan pereka idea fesyen kerana mencanangkan artikel ini kepada dua editor dan wartawan wanita hebat, Wirda Adnan serta Asiah Mion – hingga akhirnya artikel ini dimuatkan di ‘Eh!’

Every journey begins with one small step. Looking back, this was my one very small, very naive step. The rest, as they say, is history…

Selamat ulang tahun 'Eh!', thanks for the memories!

Malam-malam Merancang Kehidupan
untuk majalah ‘EH!’, segmen ‘Kata Lelaki’, circa 2002

I am a planner. Memang sentiasa begini. Segala yang saya lakukan di dalam hidup cuba saya rasionalkan, termasuklah dengan perancangan ‘Plan B’ dan ‘Plan C’ jika sesuatu rancangan tidak berjaya atau tidak dicapai.

Paradoksnya, terlalu banyak yang saya rancangkan dalam hidup tidak pernah menjadi. Dan yang lebih merisaukan ialah walaupun banyak perancangan saya, namun saya sendirilah yang akan merosakkan dan mengagalkan rancangan itu. Adakah anda juga seperti saya?

Sekarang pukul 12.34 pagi. Setiap malam saya mesti fikir tentang perkara yang serupa – Apa harus dilakukan esok, apa kerja yang mesti dibuat minggu ini, ada tidak projek atau tugasan yang harus disiapkan serta-merta… Bla, bla, blah! Inilah rutin hidup yang mungkin saya kongsi dengan orang lain. Kuranglah sikit rasa inadequacy. Sebabnya? Masih ramai yang tidak tahu ke mana arah tuju hidup mereka, sama seperti saya!

Istilah yang harus diguna adalah schadenfreude, perkataan Jerman yang maksudnya (lebih kurang) rasa lega apabila menyedari ada orang lain yang seperti kita, atau mungkin lebih teruk keadaan hidupnya. Jahat kalau berfikiran begini, bukan? Itulah realiti kehidupan manusia, kebanyakannya.

Tetapi itu kehidupan orang lain, bagaimana dengan hidup sendiri? 2.23 pagi dan kedua mata masih segar walaupun agak merah. Malam ini antara malam-malam yang panjang dan penuh melankolia, antara malam-malam bilamana hidup sendiri berlari di fikiran, keluar dari batasan memori.

Selalu terbayang, apa agaknya yang orang lain lakukan waktu begini? Tentunya lena dibuai mimpi kehidupan sempurna. Mungkin.

Sayangnya hidup sebenar tidak pernah sempurna, walaupun sentiasa diselang-seli dengan joie de vivre. Boleh saya berikan contoh? Antara rancangan saya, hujung tahun ini saya akan mendirikan rumah-bertangga, and live happily ever after! Tapi, tapi, tetapi rasanya rancangan ini perlu ditangguhkan sehinggalah suatu masa yang jauh ke hadapan.

Masalah utama dengan perancangan kehidupan ialah tidak dapat merancang dengan realistik dan mengabaikan human factor dalam memikirkan masa hadapan. Realitinya mudah – Manusia berubah! Tiada sesuatu pun yang konstan dan segala yang di sekeliling kita adalah dinamik. Apa yang kita punya hari ini, mungkin hilang hari esok. Jangan lupa juga sudut praktikal – Hutang, wang, kereta, rumah, keluarga, karier, cinta, persahabatan, dan segalanya – Semuanya meminta keutamaan dari 24 jam kehidupan. Kesimpulannya? 24 jam tidak cukup!

3.47 pagi dan masih disini. Inilah realiti kehidupan yang tidak langsung dapat saya terima. Kata Intan teman rapat, “itulah sebab hidup you sedih, you tak pernah bersyukur dan terima ketentuan”. Aduh! Tepat sekali hinggap di atas hidung sendiri.

Tapi, tapi, tetapi… Banyak sangat tapinya! 4.05 pagi tiba dengan satu resolusi. Seperti kata teman sekerja baru, Faizal dan Radzi – Teruskan saja hidup tanpa berfikir keterlaluan! Bila berfikir melampau, semuanya akan dipersoalkan tanpa ketemu jawapan dan kepastian. Mungkin benar.

Rasanya sudah terlalu lama saya lari dari menghadapi realiti. Ini pun baru kembali setelah lama merantau pergi. Saya tak mau, saya tak suka, saya tak ingin, nak terima perubahan di sekeliling saya. Itulah sebabnya.

Perubahan dalam keluarga – Tokwan (Datuk) semakin kurang sihat, Maktok (Nenek) sudah nyanyuk, Emak dan Ayah semakin berumur, satu-satunya adik saya Emi akan bernikah tidak lama lagi; Perubahan dalam cinta – Antara saya dan dia kembali ke alam persahabatan dari dunia cinta ‘kita’ dan saya kembali seorang diri; Perubahan dalam karier – Bertemu teman baru di suasana kerja sepenuh-masa pertama; Terlampau banyak perubahan untuk disenaraikan.

Suatu yang masih belum berubah, saya masih petite dan pendek serta buncit seperti dulu, tidak juga tinggi atau kurus. Tapi sudah terlambat, memandangkan umur 21 sudah lama ditinggalkan (jangan marah Radzi, maaf Faizal, saya kutuk diri sendiri).

4.48 pagi dan berfikir lagi. Kalau semua cubaan untuk merancang kehidupan adalah futile, akan bertemu kegagalan dan mengundang kekecewaan, bagaimana dengan cita-cita dan kemahuan? Haruskah dilupakan dan dibuang kembali ke dasar lubuk hati?

Taknaklah macam tu! Masih banyak yang saya mahu. Nak beli kereta Hyundai Coupé kalau naik pangkat (yes!); Nak keluar makan malam dengan seorang Model (siapa?); Nak karang sebuah buku setahun (yelah tu); Nak dapat PhD sebelum 30 (sempat lagi?); Nak rapatkan kembali hubungan famili (mesti boleh!); Nak jumpa ketenangan hidup dan cinta abadi (boleh ke?); Nak itu yang begitu, nak ini yang begini – Banyaknya!

5.13 pagi. Tengok tu! Baru berjanji takkan berfikir terlalu jauh. Baru buat resolusi untuk lebih accepting dalam hidup serta tabah menghadapi kekecewaan. Tapikan… Shut up Airil! Lirik lagu John Lennon menyatakan, life is what happens when you’re busy making other plans. Tepat sekali.

Resolusi terbaru, 6.06 pagi – Saya akan kurangkan merancang hidup yang sebentar ini, saya akan menerima perubahan dan tidak berfikir terlalu jauh. Saya akan ambil masa bersendiri, sesekali di kedai kopi gourmet Coffee Bean and Tea Leaf, Kinta City, Ipoh dengan buku, kertas dan pena. Saya akan berbicara dengan sesiapa saja yang sudi. Saya akan senyum kepada semua. Saya akan luangkan masa untuk keluarga dan sahabat. Saya akan cuba memperbaharui hubungan kasih-cinta kalau ada sesiapa yang sudi mengisi kekosongan hati ini. Apa lagi? Banyak rancangan ni!

Eh, tengok tu? Baru janji tak mau lagi merancang kehidupan sendiri! Tapi, tapi, tetapi… I am a planner. Semulajadi dan hakiki!

*** BIO PENULIS … Airil Haimi Mohd Adnan, 26, adalah Pensyarah di UiTM Perak. Seorang Penyelidik dan multi-disciplinary Social Scientist, Airil diberi penghormatan antaranya menjadi ahli Royal Institution of Great Britain. Terlatih dalam Ilmu Pendidikan, Linguistik Terapan, Psikologi, Sosiologi dan Kaunseling, Airil juga telah menghasilkan penulisan dan penyelidikan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa ***