KUIZ: Ujian pengukuran tahap psikologi kognitif
Airil Haimi Adnan untuk Majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’, 2004
Cara dan juga gaya pemikiran kita akan sentiasa mempengaruhi susur galur tindakan kita, sama ada kita sedar atau tidak. Dalam menghadapi dilema, konflik dan masalah contohnya, kita mungkin menangis atau ketawa atau marah ataupun risau. Mungkin juga reaksi kita adalah komposit kesemua perasaan ini, dan mengakibatkan tindakan di luar jangkaan.
Segala reaksi dan tindakan seseorang individu dalam dilema, konflik serta masalah adalah bergantung kepada persepsi kognitif kita tentang situasi yang dihadapi. Oleh sebab itu, kita sebenarnya mampu menjadi positif dengan menukar cara serta gaya pemikiran kita.
Lengkapkan kuiz kali ini yang telah saya adaptasikan dari mazhab Kaunseling ‘Cognitive Behavioural Therapy’ (CBT) dan juga ‘Rational Emotive Behavioural Therapy’ (REBT) untuk mengkaji cara dan gaya sebenar pemikiran anda. Ingat sentiasa PILIH untuk tidak negatif, anda mampu mengubah diri anda!
SOALAN
1. Kekadang saya berasa pasti yang tindakan orang lain adalah salah.
Betul / Salah
2. Saya selalu mengatakan “Inilah diri saya, terima sajalah seadanya”.
Betul / Salah
3. Orang lain selalu saja membuatkan saya berasa kurang senang.
Betul / Salah
4. Saya selalu risau tentang sesuatu, tidak kira apa.
Betul / Salah
5. Saya suka berfikir dan mengingat perkara-perkara silam.
Betul / Salah
6. Hati saya mudah terluka kerana orang lain yang tidak bertimbang-rasa.
Betul / Salah
7. Nama panggilan yang buruk selalunya akan menyakitkan hati kita.
Betul / Salah
8. Naluri semulajadi kita harus sentiasa dikawal dengan ketat.
Betul / Salah
9. Saya mempunyai terlalu banyak kekurangan yang amat ketara ketika ini.
Betul / Salah
10. Jika kita disakiti oleh tohmahan dan fitnah, ianya adalah sesuatu yang normal.
Betul / Salah
11. “Anda menyakiti hati saya! Anda salah dan anda harus cuba berubah!”
Betul / Salah
12. Bila saya tidak dapat apa yang dihajati, saya akan sedih dan rungsing.
Betul / Salah
13. Fikiran negatif akan menjadi realiti kalau kita selalu berfikir begitu.
Betul / Salah
14. Saya selalu membuat tanggapan yang menunjukkan saya agak negatif.
Betul / Salah
15. Apa sahaja yang kita fikirkan, akan dapat direalisasi dengan usaha gigih.
Betul / Salah
16. Cara saya berfikir dan bertindak datangnya dari pengalaman hidup saya.
Betul / Salah
17. Saya jarang membuat tanggapan tentang orang lain dan situasi yang saya kurang fahami.
Betul / Salah
18. Saya sentiasa cuba untuk rasional dalam pemikiran dan tindakan.
Betul / Salah
19. Sesiapa pun tidak boleh menyuruh saya berubah jika saya tidak mahu berubah.
Betul / Salah
20. Saya harus sentiasa memilih untuk berfikiran positif dalam segala aspek kehidupan.
Betul / Salah
JAWAPAN…
Anda adalah seorang yang amat stabil dan sentiasa positif jika anda memilih ‘Salah’ untuk Soalan 1 hingga Soalan 12, dan ‘Betul’ untuk Soalan 13 hingga Soalan 20. Tapi hati-hati ya, tidak ada seorang pun yang harus dapat menjawab dengan tepat untuk kesemua 20 Soalan yang saya beri, kerana itu bermakna anda mungkin seorang Wali ataupun anda sedang cuba menipu diri sendiri. Apapun ingatlah, anda sentiasa boleh mengubah persepsi sendiri!
Mar 05, 2010 @ 17:13:56
soalan ini mmang best r….