KUIZ: Pandangan orang lain terhadap diri anda
Airil Haimi Adnan untuk Majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’, 2004

Walaupun anda seorang yang yakin dan penuh dengan semangat waja dalam menempuh liku-liku kehidupan, saya pasti ada saat-saatnya anda akan terfikir tentang pandangan orang lain terhadap diri anda. Sebagai contoh, adakah anda dilihat sebagai seorang yang yakin dan juga bersemangat waja atau pun mereka yang di sekeliling anda melihat anda sebagai seorang yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk kehebatan di khalayak ramai?

Memang benar, kita tidak patut berfikir terlalu banyak tentang orang lain dan juga persepsi mereka tentang diri kita. Malah, kitalah sebenarnya yang lebih mengenali dan mengetahui segala yang tersirat dan tersimpan di hati sanubari sendiri. Tapi, apa pula pandangan orang lain? Tentunya kemusykilan itu sentiasa ada! Sila pilih 10 jawapan yang paling releven dengan cara dan gaya hidup anda ketika ini:

Apa agaknya pandangan orang tentang anda?

1. Selalunya anda berasa aktif dan bertenaga pada waktu…

a. Awal pagi.
b. Tengah hari dan awal petang.
c. Lewat malam.

2. Bila berjalan, adakah anda bergerak…

a. Dengan pantas, mengambil langkah besar.
b. Dengan pantas, mengambil langkah kecil yang laju.
c. Agak perlahan, dengan memandang yakin terus ke hadapan.
d. Agak perlahan, dengan kepala ditundukkan ke bawah.
e. Dengan perlahan dan berhati-hati.

3. Bila sedang berbicara dengan seseorang, adakah anda selalu…

a. Berdiri dengan memeluk tubuh.
b. Berdiri dengan menggenggam tangan.
c. Meletakkan tangan di sebelah paha.
d. Menyentuh orang itu dengan perlahan.
e. Menyentuh telinga, dagu atau rambut sendiri.

4. Bila sedang berehat dan bersenggang, adakah anda selalu duduk…
 
a. Dengan lutut yang rapat bertemu.
b. Dengan bersilang pangku.
c. Dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan.
d. Dengan sebelah kaki ke hadapan dan satu ke belakang.

5. Apabila seseorang berjenaka dan ianya menggelikan hati, adakah anda…

a. Ketawa besar dalam gembira.
b. Ketawa kecil dan tersenyum.
c. Ketawa kecil yang tidak begitu mesra.
d. Senyum simpul yang bersahaja.

6. Apabila anda dijemput ke majlis keramaian atau upacara formal, adakah anda…

a. Membuat kecoh atau riuh supaya semua orang memerhatikan anda.
b. Diam-diam mencari kenalan atau teman rapat anda untuk bersembang.
c. Cuba menyorok dari kelihatan di majlis atau upacara itu.

7. Anda sedang bekerja keras, memberi sepenuh perhatian dan tiba-tiba saja anda diganggu, apakah reaksi anda?

a. Senyum dan cuba untuk bertenang.
b. Berasa amat geram dan mula marah.
c. Cuba untuk menenangkan diri dan bersabar.

8. Di antara warna-warna di bawah, yang manakah paling anda minati?

a. Merah atau jingga.
b. Hitam.
c. Kuning atau biru muda.
d. Hijau.
e. Ungu gelap atau ungu terang.
f. Putih.
g. Coklat atau kelabu.

9. Sebelum tidur setiap malam, apakah cara anda ‘menggayakan’ badan anda?

a. Terlentang dan memandang ke atas.
b. Meniarap dan menyembamkan muka ke bantal.
c. Tidur mengiring seperti anak kecil.
d. Kepala di atas sebelah tangan.
e. Kepala di bawah selimut.

10. Di antara tema di bawah, apakah tema mimpi yang paling kerap anda alami?

a. Mimpi anda sedang terjatuh.
b. Mimpi anda sedang berkelahi.
c. Mimpi sedang mencari sesuatu atau seseorang.
d. Mimpi anda sedang terbang melayang-layang.
e. Anda seorang individu yang jarang bermimpi ketika sedang tidur.
f. Mimpi-mimpi anda semuanya elok serta membuatkan anda lena.

MARKAH:

S1. (a) 2 (b) 4 (c) 6
S2. (a) 6 (b) 4 (c) 7 (d) 2 (e) 1
S3. (a) 4 (b) 2 (c) 5 (d) 7 (e) 6
S4. (a) 4 (b) 6 (c) 2 (d) 1
S5. (a) 6 (b) 4 (c) 3 (d) 5 (e) 2
S6. (a) 6 (b) 4 (c) 2
S7. (a) 6 (b) 2 (c) 4
S8. (a) 6 (b) 7 (c) 5 (d) 4 (e) 3 (f) 2 (g) 1
S9. (a) 7 (b) 6 (c) 4 (d) 2 (e) 1
S10. (a) 4 (b) 2 (c) 3 (d) 5 (e) 6 (f) 1

JIKA anda mendapat lebih dari 60 Markah:
Orang lain memandang anda sebagai seseorang yang sukar untuk didekati dan difahami. Anda amat sombong dan berlagak serta bertendensi untuk menjadi dominan dalam sesebuah perhubungan. Mungkin orang lain kagum dengan kebolehan anda namun agar sukar untuk mereka menerima dan mempercayai anda.

JIKA anda mendapat di antara 51 hingga 60 Markah:
Anda dipandang sebagai seorang yang berperwatakan menarik dan juga seorang pemimpin semulajadi. Namun personaliti anda kurang stabil dan anda selalunya membuat banyak keputusan yang salah dalam hidup. Orang lain kagum dengan keberanian anda dan mereka suka berkongsi kisah hidup anda yang selalunya menarik.

JIKA anda mendapat di antara 41 hingga 50 Markah:
Orang lain memandang anda sebagai seorang yang mudah berjenaka, senang berbincang, praktikal dan mempunyai daya tarikan semulajadi. Personaliti anda yang seimbang membantu anda menjadi seorang yang baik hati, memahami dan seorang individu yang akan sentiasa cuba menolong dan menggembirakan orang lain.

JIKA anda mendapat di antara 31 hingga 40 Markah:
Di mata orang lain, anda seorang yang berhati-hati, stabil dan praktikal. Anda juga seorang yang lazimnya bijaksana dan mempunyai banyak kelebihan namun anda mungkin riak dengan kemampuan anda. Seorang teman yang setia, anda menaruh kepercayaan yang tinggi kepada teman-teman rapat namun anda akan membenci mereka hingga mati jika anda dikhianati.

JIKA anda mendapat di antara 21 hingga 30 Markah:
Anda dipandang sebagai seorang yang sukar diajak berbincang, sukar membuat keputusan, suka berfikir dan bergerak perlahan serta anda lebih suka menganalisa keputusan orang lain dari membuat keputusan anda sendiri. Kerana terlalu berhati-hati, anda lazimnya dilihat sebagai seorang invididu yang menjemukan dan tidak menarik.

JIKA anda mendapat kurang dari 21 Markah:
Orang lain memandang anda sebagai pemalu, cepat risau, sukar membuat keputusan, dan lebih suka jika orang lain melakukan sesuatu untuk anda kerana sifat semulajadi anda yang pasif. Kerana terlalu mudah risau, masalah kecil akan anda perbesarkan sekaligus anda akan menyakitkan hati orang lain. Hanya teman-teman yang paling rapat dapat mendekati anda.