Akhirnya, setelah tiga bulan melalui proses suntingan dan susun letak (layout), draf kedua Menjejak Sang Neomaskulin telah berjaya disiapkan oleh Buku Prima dan sudah disunting baru je sebentar tadi dihantar balik. Tak sabar juga nak tengok produk terakhir nanti setelah beberapa bulan persiapan.

Kulit buku lengkap 'Menjejak Sang Neomaskulin'

Tapi ramai ke yang nak baca buku tu nanti untuk tau tentang dunia lelaki? Bukan ke orang Malaysia malas baca buku? Apa pun, tak kisahlah yang paling penting syukur kepada Tuhan, akhirnya buku tu tunggu proses terakhir je, which is the actual printing. Versi definitif kulit luar Menjejak Sang Neomaskulin pun dah siap, sayang sikit kata-kata Kak Shahriza dari majalah Fokus terpaksa dikeluarkan kepada kekangan ruang…

SINOPSIS ‘Menjejak Sang Neomaskulin’

Benarkah kaum lelaki sedang menuju kepupusan? Adakah lelaki moden malas bersenam? Kenapa lelaki cenderung tinggalkan teman-kekasih mereka? Siapakah yang lebih baik, lelaki atau wanita? Bagaimana caranya untuk membantu lelaki merasai kepuasan bekerja? Soalan-soalan seperti ini cuba dijawab dan diterokai di dalam Menjejak Sang Neomaskulin.
 
Lelaki Neomaskulin, adalah lelaki yang memiliki segala yang terbaik dari kaum lelaki terdahulu dan merekalah yang bakal mewarisi dunia ini dari segelintir lelaki sekarang yang seperti sudah hilang arah dan tujuan.
 
Kadangkala lucu, sesekali tajam, sarat dengan maklumat, penuh dengan rangsangan minda – Menjejak Sang Neomaskulin cuba menyingkap identiti gender kaum lelaki kontemporari!