Menyingkap identiti gender lelaki…

Di bawah adalah kulit buku ‘Menjejak Sang NeoMaskulin’ yang sedang dalam proses suntingan terakhir bersama team Buku Prima, dengan setinggi penghargaan kepada Kak Sharah sebagai Pengurus Besar Buku Prima (a wonderful Editor-in-Chief to work with), En Ali sebagai Ketua Editor BM yang sentiasa bekerja keras, and my superb and utterly creative layout editor, Mr Firdaus.

Nantikan tarikh pelancaran buku ini dan dapatkan ia di pasaran, sama ada dibeli sendiri atau dipinjam dari kengkawan atau dibaca sebagai kulit luar bungkusan nasi lemak yang baru anda beli (hope not, please)!

Draf awal kulit 'Menjejak Sang Neomaskulin'

“Ketika membaca buku ini, jiwa saya semakin tertantang untuk memahami diri sendiri sebagai lelaki. Airil menyajikan kepada kita fenomena-fenomena baru yang dihadapi kaum lelaki, buku ini tidak saja menarik bagi kaum lelaki tetapi kaum wanita pun wajib membacanya… luar biasa!”

Ir. Muslim Jayadikusuma
Rektor, Institut Komunikasi Cendekia Abditama, Indonesia
Pengarah Urusan, SMART Consulting Inc, Jakarta, Indonesia

“Segalanya bermula daripada otak – minda, tingkah laku, bahasa, kerasionalan dan gender. Apa yang difikirkan oleh lelaki moden melalui otaknya dan dikukuhkan oleh persekitaran sosial, inilah yang diterokai dan diperhalusi di dalam buku ini”

Prof. Radzi Mustafa
Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA
Eksekutif Unitari Penyelidikan dan Aplikasi Intelek, UfoRIA UiTM

“Cara, gaya dan diri lelaki kontemporari sentiasa berubah. Oleh itu lelaki hari ini perlu belajar berubah mengikut kesesuaian dan keadaan supaya tidak kelihatan janggal atau berada di luar masa juga realiti – seperti saranan buku Airil Haimi”

Faizal Hamid
Pensyarah, Penulis dan Perunding Fesyen