‘Rahsia’ tarikh lahir? Bulan kelahiran? Nama? Kenali diri melalui ‘sains’ metafizik? Kuasa ‘aura’, ‘tenaga dalaman’?

A metaphysical statement usually implies an idea about the world or about the universe, which may be reasonable but is ultimately not empirically testable or able to be proven.

[Terjemahan] Kenyataan dan pendapat berdasarkan metafizik (misalnya, kenali diri dari tarikh lahir) mungkin kelihatan seperti boleh diterima, TETAPI ia tidak pula dapat diuji apa lagi untuk disahkan.

Dalam erti kata lain, ia TIDAK logik kerana ia BUKAN sains. Ia BOLEH memperdayakan orang lain. Ia MUNGKIN memperbodohkan mereka yang percaya kepada hal sebegini dan yang SANGGUP membuang duit dengan mendengar perkara sebegini dengan alasan untuk ‘memajukan diri’.

Menjadi kerugian yang amat besar kepada kaum, agama dan diri secara peribadi kalau kita amat mudah disesatkan oleh mereka yang membuat dalil rekaan sendiri berdasarkan ‘bukti’, ‘fakta’ atau ‘kajian’ yang tidak jelas – yang kononnya berdasarkan ‘sains’!

Sesungguhnya, agama melarang kita memikirkan perkara yang tidak perlu difikir. Agama mendidik kita supaya mencari ilmu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna. Adakah ‘rahsia’ tarikh/bulan lahir atau nama itu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna? TENTU SEKALI TIDAK!

Ada yang mungkin masih keliru antara pembohongan ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama dengan penilaian psikologi personaliti. Berikut adalah sedikit informasi berguna:

PERTAMA: Penilaian personaliti (dipanggil ‘psikometri’) adalah ujian kecenderungan. Misalnya, seorang yang pemalu, yang yakin, yang mudah bergaul, dan lain-lain.

KEDUA: Ujian sebegini diberi markah/skor berdasarkan statistik, yakni membuat perbandingan diri seseorang dengan sekumpulan manusia lain yang besar bilangannya.

KETIGA: Ujian-ujian psikologi personaliti juga hanya mampu menunjukkan beberapa ciri utama personaliti tetapi tidak kesemuanya!

3 SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN…

SATU: Adakah personaliti manusia merangkumi ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama?

DUA: Dapatkah ‘ilmu rahsia’ tarikh/bulan/nama diuji dan dibuktikan secara ilmiah dengan darjah kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi?

TIGA: Secara logik, adakah kita sebenarnya diperbodohkan oleh mereka yang kononnya ‘pakar ilmu rahsia’ tentang tarikh/bulan/nama?

NIAT saya tidaklah untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Tidak dapat kita sangkal ada penceramah motivasi memberi ilmu yang bermanfaat. Akan tetapi dalam hal ‘rahsia’ tarikh lahir, bulan kelahiran atau nama serta perkara ‘metafizik’ lain – kesemuanya tidak jelas, tidak logik dan boleh membawa kepada kebatilan (perihal tidak benar, perkara yang berlawanan dengan kebenaran).

Sedikit INFORMASI untuk mereka yang beragama Islam dan PERCAYA atau sekadar SUKA-SUKA berminat dengan ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama dan khurafat metafizik yang lain:

Kata tokoh akademik dan mantan Mufti Besar Perlis:

“Dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup […] ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini.”

“Islam menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Segala unsur yang MEMPERBODOHKAN manusia, ditentang keras oleh Islam.”

“Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan prasangka terhadap ciptaan Allah. Jika ada dakwaan tarikh lahir tertentu seperti angka ‘1′ mempengaruhi ciri tertentu dengan disertakan bukti, itu BUKANLAH bukti yang boleh kita terima.”

SUNTINGAN TAMBAHAN, JUMAAT 4 APRIL, 2012

CARI tulisan Ust Zaharuddin Rahman (pembicara Al-Kuliyyah saluran TV3) tentang hal ini.

TERUSKAN dengan artikel yang diterbitkan dalam majalah Maskulin (entri satu & dua).

KETAWAKAN individu (diri?) yang telah diperdaya di blog NOTEpad (entri satu & dua).

BACA versi alternatif mengapa ‘rahsia nombor’ perlu dihantar terus ke bakul sampah!

About these ads