| Blog@TeechConsult |

Type 07: Adventurer – kuiz kenali diri, persoalan personaliti

Posted by: Teech Airil on: Sunday, February 15, 2009

Original new material © Airil Haimi Adnan, 2009
DO NOT edit and use without proper referencing

Arahan pertama:

Pastikan anda membaca siri pertama hingga siri ke sepuluh ‘blog entry’ ini, terutama sekali siri terakhir iaitu ke sepuluh, kerana penerangan penuh tentang sembilan aspek personaliti manusia berdasarkan teori ‘enneagram’ akan disampaikan.

Arahan kedua:

Hanya apabila anda sudah selesai menjawab siri pertama hingga ke sembilan, barulah anda akan dapat menilai dengan lebih tepat tentang personaliti diri anda yang sebenar. Semakin tinggi markah yang anda perolehi untuk sesuatu ciri personaliti (berdasarkan 24 soalan yang diberi untuk setiap jenis personaliti), semakin besar kemungkinan ia melambangkan diri anda yang sebenar.

Peringatan utama (plus disclaimer):

Tolong jangan pula terlalu percaya kepada rumusan yang anda dapat dari sembilan jenis personaliti ini. “The human personality is an extremely dynamic and unique aspect of humanity that could only be study fully over time and through experience and also with the help of a trained professional like a registered counsellor or an educational psychologist!

Adakah anda berpersonaliti seorang pengembara?

Anda hanya perlu memilih salah satu daripada LIMA jawapan di bawah, untuk setiap pernyataan yang diberi:

Setiap masa / Selalunya / Saya kurang pasti / Sesekali / Rasanya tidak

Kita mulakan sekarang…

1. Saya suka apabila saya berasa teruja.

2. Saya selalu membuat perancangan hidup.

3. Saya sentiasa berasa tenang dengan diri sendiri.

4. Kebosanan adalah musuh setiap manusia.

5. Saya boleh berhujah dalam apa jua keadaan.

6. Orang yang dilanda depresi perlu kita jauhi.

7. Saya menyukai hidup yang penuh cabaran.

8. Saya sentiasa memilih kesenangan dari kerja keras.

9. Saya percaya bahawa diri saya seorang optimis.

10. Saya cekap dan hebat dalam banyak perkara.

11. Saya bukanlah seorang pendengar yang baik.

12. Selalunya saya akan dapat semua yang saya mahu.

13. Saya senang apabila bersosial dengan orang lain.

14. Hidup saya tidak dilanda terlalu banyak masalah.

15. Segala pengalaman pahit telah pun saya lupakan.

16. Saya sentiasa mahu kualiti di dalam hidup saya.

17. Saya senang dengan orang yang bijak dan lucu.

18. Fikiran positif dapat mengatasi semua permasalahan.

19. Kalau saya bersedih, ia hanyalah untuk seketika sahaja.

20. Saya adalah seorang yang agak idealistik.

21. Saya benci kalau diberi banyak tanggungjawab.

22. Saya sentiasa menyuarakan segala pendapat peribadi.

23. Saya mahu bebas, walaupun saya punya komitmen.

24. Saya sedia untuk cabaran pada semua masa dan ketika.

Personality type 07, The Adventurer

Pemarkahan:

Untuk setiap soalan yang anda jawab, beri diri anda 3 mata untuk ‘Setiap masa’, 2 mata untuk ‘Selalunya’, dan ‘1’ mata untuk ‘Sesekali’.

Untuk jawapan ‘Saya kurang pasti’ dan ‘Rasanya tidak’, tidak ada mata yang diberikan.

Jumlahkan markah anda, markah penuh yang boleh dikumpul adalah 72. Semakin hampir mata anda kepada mata penuh ini, semakin besar kemungkinan bahawa ini adalah ciri/jenis personaliti peribadi anda.

TETAPI, tunggu hingga anda sudah menjawab kesemua SEMBILAN kuiz dalam siri ini sebelum membuat kesimpulan!!!

5 Responses to "Type 07: Adventurer – kuiz kenali diri, persoalan personaliti"

mane kesimpulannye?

oh..i am dissaponted right now..where is the rest??hello teech aireel…are you try to cheat me???i am so excited with all these quiz now…so please show me the rest ok…i am begging u now..please..

mana lagi kuiz no 8 n 9 nie…

tengah syok tetibe spoil je …balance kuiz 2 lg x de….ape nie…………..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geeeeerammmmmmmmmmmmnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

apela..so,kuiz ni dah membuktikan yg personaliti pnulis ni ske wat keje separuh jalan..hampezz

Leave a Reply

About/Tentang… |Blog@TeechConsult|

This weblog, is a creative, emotional, and as such, a more personal spinoff of my thoughts and writings. Thus it complements the more formal nature of my other blog 'The New Teech Times' on Blogger. At the opposite end, my newest blog, an online diary 'TeechConsult's Journal' can be read on the Livejournal public site.

Anda dijemput mengakses blog The New Teech Times untuk penulisan yang lebih formal dan bersifat agak global.

Anda juga boleh membaca blog bertajuk TeechConsult's Diary untuk tulisan yang peribadi dari hati dan perasaan.

Dan, tidak lupa juga tapak web utama TeechConsult.com yang lengkap dengan pelbagai bahan yang menarik.

Last and not least, if you are into online unreal-people-real-lives nexus, you can find me on Facebook, or better still let's meet face-to-face!

Terima kasih dan salam hormat.

-Airil Haimi Adnan @ Teech Airil-

Blog@TeechConsult pages read...

  • 15,928 hits and counting with THANKS!

Blog@TeechConsult archives

Blog@TeechConsult categories

Copyright Notices: Please read!

Important Copyright Notice

All the graphic files and writings in this weblog are copyrighted materials. They are attributable to the original copyright holders.

DO NOT reuse these materials without prior consent.

Notis Penting Hak Cipta

Semua bahan grafik dan penulisan di weblog ini adalah bahan hak cipta. Bahan-bahan ini adalah hak mutlak pemilik asalnya.

JANGAN gunakan semula bahan-bahan ini tanpa kebenaran!

Technorati linkage

Add to Technorati Favorites

Blog@TeechConsult feedcount

“Is the truth really out there?”

page counter