| Blog@TeechConsult |

Ujian kepintar-cerdasan emosi, luluskah anda?

Posted by: Teech Airil on: Wednesday, September 3, 2008

KUIZ: Ujian kepintar-cerdasan emosi (EQ)
Airil Haimi Adnan untuk Majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’, 2004

Kepintar-Cerdasan Emosi atau ‘Emotional Intelligence Quotient’ (E-IQ) adalah konsep yang digunakan oleh Pakar Psikologi dan juga Perunding Kaunseling untuk menyelidik dan menganalisa emosi manusia dari pelbagai sudut. Ujian E-IQ akan dapat menjawab soalan-soalan berkenaan kasih-cinta, benci, sedih, takut, marah, cemburu dan lain-lain emosi lagi.

Saya sendiri banyak menggunakan Ujian E-IQ, lebih-lebih lagi dalam proses Bimbingan dan Kaunseling kerana ianya membantu seseorang pakar untuk memahami masalah emosi yang sedang dihadapi oleh seseorang klien dan untuk menentukan jalan terbaik untuk memberi khidmat nasihat kepada individu itu. Ujian E-IQ diterima-pakai sebagai satu sistem ukuran yang boleh dipercayai, asalkan individu yang mengambil ujian itu bersifat jujur dan ikhlas.

Bilakah kali terakhir anda mengambil suhu emosi?

Untuk kali ini, cuba jawab 20 soalan di bawah dengan memilih satu di antara 2 jawapan yang diberikan. Tiada pemarkahan kompleks diberikan untuk Ujian E-IQ ini, dan jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan respons normal oleh mereka yang mengambil ujian ini. Cuba jawab seikhlas yang mungkin untuk mengukur tahap E-IQ anda!

SOALAN

1. Saya tidak marah jika saya dimaki-hamun oleh orang lain

Betul / Salah

2. Saya berasa tenang walaupun ketika kesedihan melanda individu lain di sekeliling saya.

Betul / Salah

3. Jika diserang secara fizikal saya akan marah dan membalas dendam selepas itu.

Betul / Salah

4. Saya mampu menyayangi orang lain tanpa muslihat dan tanpa ketidak-pastian.

Betul / Salah

5. Saya akan bertindak seperti biasa walaupun individu di sekeliling saya sedang marah.

Betul / Salah

6. Secara semulajadi, saya akan berasa risau lebih dari orang lain.

Betul / Salah

7. Kekadang saya cepat berasa malu tanpa sebab yang munasabah.

Betul / Salah

8. Saya akan marah dalam beberapa keadaan atau bila berjumpa mereka yang saya benci.

Betul / Salah

9. Saya sentiasa berasa sesal dan bersalah di atas kesalahan-kesalahan saya di masa lampau.

Betul / Salah

10. Kekadang saya terlalu cepat berasa ‘kecil’ dan diri saya tidak bermakna.

Betul / Salah

11. Kerana terlalu risau, hidup saya selalu berasa tertekan.

Betul / Salah

12. Sesetengah perkara akan membuatkan saya sedih berulang-kali.

Betul / Salah

13. Sifat cemburu sudah menjadi lumrah hidup saya.

Betul / Salah

14. Saya selalu menjadi depressed dan teramat sedih walaupun dalam keadaan biasa.

Betul / Salah

15. Tekanan hidup adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk saya setiap hari.

Betul / Salah

16. Saya tidak menghadapi masalah dengan kejantinaan (sexuality) saya sendiri.

Betul / Salah

17. Apabila perlu, saya akan menangis sekuat hati.

Betul / Salah

18. Saya berasa senang dengan cinta emosi dan fizikal, dan saya senang dengan kasih-cinta.

Betul / Salah

19. Apabila saya berhenti menangis, saya akan berasa teramat lega dan tenang.

Betul / Salah

20. Saya tidak menghadapi masalah menzahirkan kasih-cinta saya dengan perbuatan.

Betul / Salah

JAWAPAN…

Jika anda seorang yang mempunyai E-IQ yang tinggi (yang menunjukkan emosi anda adalah stabil), anda harus menjawab ‘Betul’ untuk Soalan 1 hingga Soalan 5, ‘Salah’ untuk Soalan 6 hingga Soalan 15, dan akhir sekali untuk Soalan 16 hingga Soalan 20 jawapannya ‘Betul’. Jadi, adakah anda mempunyai emosi yang sihat dan stabil, atau sebaliknya? Hanya anda yang tahu!

11 Responses to "Ujian kepintar-cerdasan emosi, luluskah anda?"

i’m not gonna comment but i would like a comments from u….

my answer that disagree wit yours:-

3.i will not put a revenge to the people who attacked me and i 6.naturally i well feeling shy more compare to others
7.it comes without no reason
9.i always feeling guilty for my mistakes
10.feeling myself as the hopeless one
11.always feelin worry and tension
12.sadness comes over and over again

and mie also dont disageree wit your answer for quest 14 and 15

number 16???gay ofcoz..

COMMENTS PLEASE….

i agree with you suggesstion amy…:)

kuiz ini menggambarkan personaliti kita yang sebenar..kita harus mengubah apa yang patut di ubah, jangan kemurungan menyebabkan kita terseksa dan menyendiri…

a little help here.. opinions from all of you are needed.Ok,the question is..Does people with high IQ would be less in EQ or else??I mean,doesn’t people with high IQ would be seeing things rather differently and all thoughts of tricks,not good ones of course continuously flooding through their minds???

ok jer kuiz nih….

nampak nya emosi aku memg tak stabil… waaaa…

nice one, tp buat aku makin geram dgn diri sendiri. emosi tunggang terbalik walaupun most of the time I try to act cool.
hate it!

hi…rasa ok quiz ni…simple but its strongly describe who are ourself indeed….

minta nyatakan sumber ya tak brape nak percaya la

ntahla nk pcye or x…..tp stakat ni org rase cm stress la plk

Leave a Reply

About/Tentang… |Blog@TeechConsult|

This weblog, is a creative, emotional, and as such, a more personal spinoff of my thoughts and writings. Thus it complements the more formal nature of my other blog 'The New Teech Times' on Blogger. At the opposite end, my newest blog, an online diary 'TeechConsult's Journal' can be read on the Livejournal public site.

Anda dijemput mengakses blog The New Teech Times untuk penulisan yang lebih formal dan bersifat agak global.

Anda juga boleh membaca blog bertajuk TeechConsult's Diary untuk tulisan yang peribadi dari hati dan perasaan.

Dan, tidak lupa juga tapak web utama TeechConsult.com yang lengkap dengan pelbagai bahan yang menarik.

Last and not least, if you are into online unreal-people-real-lives nexus, you can find me on Facebook, or better still let's meet face-to-face!

Terima kasih dan salam hormat.

-Airil Haimi Adnan @ Teech Airil-

Blog@TeechConsult pages read...

  • 15,953 hits and counting with THANKS!

Blog@TeechConsult archives

Blog@TeechConsult categories

Copyright Notices: Please read!

Important Copyright Notice

All the graphic files and writings in this weblog are copyrighted materials. They are attributable to the original copyright holders.

DO NOT reuse these materials without prior consent.

Notis Penting Hak Cipta

Semua bahan grafik dan penulisan di weblog ini adalah bahan hak cipta. Bahan-bahan ini adalah hak mutlak pemilik asalnya.

JANGAN gunakan semula bahan-bahan ini tanpa kebenaran!

Technorati linkage

Add to Technorati Favorites

Blog@TeechConsult feedcount

“Is the truth really out there?”

page counter