| Blog@TeechConsult |

Adakah anda benar-benar kenal diri anda?

Posted by: Teech Airil on: Saturday, August 9, 2008

KUIZ: Kenali diri ‘anda’ yang sebenar dengan 10 soalan
Airil Haimi Adnan untuk Majalah ‘EH!’, segmen ‘Kuiz’, 2004

Percaya atau tidak, anda boleh mengenal diri anda dengan mudah tanpa melawat hospital untuk mereka yang mengalami tekanan jiwa, ataupun dengan mengadakan sesi consultation dengan saya dengan yuran nominal bersamaan RM400 setiap jam (diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang mengambil masa sehingga 5 jam ke atas). Untuk memudahkan hidup anda dan agar anda tidak perlu membayar saya yuran tersebut, dengan secepat yang boleh sila cari pen/pensel dan sehelai kertas. Sudah jumpa?

Adakah anda benar-benar kenal diri anda?

Bagus, sekarang baca 10 soalan di bawah dan jawab dengan seikhlas yang boleh. Anda tidak boleh berfikir terlalu lama untuk mencari jawapan, dan pilihlah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda. Oh ya, anda juga harus menjawab semua soalan ini mengikut turutan dari yang pertama hinggalah yang kesepuluh. Ingat, jangan menipu diri sendiri dengan mencari rasional jawapan anda terlebih dahulu. Kalau sudah bersedia mari kita mulakan, anda hanya perlu membayangkan soalan yang diberi dan menjawab secepat yang boleh:

10 soalan tentang diri anda

1. Anda sedang berjalan dengan seseorang di dalam sebuah hutan yang sunyi. Siapakah yang sedang berjalan dengan anda?

2. Anda sedang berjalan seorang diri di dalam sebuah hutan dan anda ternampak seekor haiwan. Apakah haiwan yang anda nampak?

3. Jika anda boleh berinteraksi dengan haiwan itu, apakah soalan-soalan yang akan ditanya?

4. Anda berjalan semakin jauh ke dalam hutan yang sunyi itu dan tiba-tiba anda terlihat sebuah rumah yang cantik yang menjadi idaman hati anda. Ceritakan tentang rumah itu dari segi saiznya.

5. Adakah rumah idaman hati anda itu dikelilingi dengan pagar?

6. Anda pun masuk ke rumah itu dan ternampak sebuah meja makan. Cuba anda ceritakan apa yang anda lihat di atas dan di sekeliling meja makan itu.

7. Kemudian anda keluar dari rumah itu melalui pintu belakang. Di atas rumput kelihatan sebuah cawan. Ianya diperbuat daripada apa?

8. Apakah reaksi anda dan apa pula yang anda lakukan dengan cawan itu?

9. Kerana sudah bosan, anda pun bergerak ke hujung kawasan rumah itu di mana anda telah bertemu dengan air. Dari manakah datangnya (asalnya) air itu?

10. Bagaimanakah caranya anda akan melangkah untuk meredah air itu (jika perlu diredah)?

Percaya atau tidak, 10 Soalan yang saya berikan tadi adalah berdasarkan ujian Psikologi yang dikenali sebagai Ujian ‘Relational Values’. Ini bermakna, semua soalan tadi adalah berkaitan dengan nilai-nilai dan perkara materialistik yang anda pentingkan di dalam hidup anda. Saya sertakan analisis penuh setiap soalan untuk tatapan anda. Sudahkah anda dapat mengenali diri anda sekarang?

Analisis 10 soalan di atas, berdasarkan jawapan anda tadi…

1. Si dia yang sedang berjalan dengan anda itu adalah di antara orang yang paling penting dan paling anda percayai dalam hidup hingga setakat ini.

2. Saiz haiwan yang anda nampak itu adalah berkaitan dengan persepsi anda tentang masalah-masalah yang sedang anda hadapi dalam hidup.

3. Proses interaksi anda dengan haiwan itu sebenarnya melambangkan cara anda sedang menangani masalah-masalah yang anda hadapi (contohnya amat agresif, selalu pasif atau tidak ambil hirau, dll).

4. Saiz rumah idaman anda itu adalah berkaitan dengan kemahuan anda untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang anda hadapi.

5. Jika anda tidak ‘memagari’ rumah anda itu, bermakna anda seorang individu yang berpersonaliti terbuka dan anda menerima kritikan dan pendapat orang lain dalam hidup. Jika rumah itu ‘dipagar’, ianya bermakna personaliti anda agak tertutup dan anda suka berahsia lebih-lebih lagi tentang masalah, dilema atau konflik yang terpaksa anda hadapi.

6. Jika jawapan anda untuk soalan ini tidak berkaitan dengan makanan dan minuman, bunga-bungaan dan barang perhiasan atau tentang manusia serta individu lain – Ini bermakna dalam hidup, anda seorang yang lebih cenderung untuk murung dan rungsing.

7. Cawan yang anda jumpai itu adalah berkaitan dengan hubungan anda dan individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama. Jadi, jika cawan yang anda jumpai itu diperbuat dari plastik dan bukannya besi – Ini bermakna perhubungan anda dan individu itu kurang kukuh dan mudah retak, dan sebaliknya (berpandukan dari apa cawan itu diperbuat).

8. Reaksi dan tindakan anda ke atas cawan itu sangat berkaitan dengan attitude anda terhadap individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama.

9. Jika air itu datang dari dalam sebuah baldi ianya bermakna kemahuan (spirit) anda dalam hidup adalah kecil, tapi jika air itu datangnya dari sebuah lautan bermakna anda mempunyai kemahuan yang kuat untuk hidup dan menikmati kehidupan yang sebenar. Anda harus membuat perbandingan dari contoh ini.

10. Dan yang terakhir, jika anda langsung tidak basah ketika melintasi air yang anda jumpa, ini bermakna kemahuan seksual tidak penting dalam hidup anda. Jika anda basah kuyup pula, ahem, bermakna anda hidup untuk seks dek nafsu yang sentiasa membara!

15 Responses to "Adakah anda benar-benar kenal diri anda?"

kehidupan amat sukar,,aku menghadapi keaddan yang sulit masa ini,,persahabatan yang terjalin sekian lama menanti retak dan belah..gara2 pekara kecil yang ku lakukan tanpa memberi peluang untuk aku menjelaskan pekara yang sebenarnya…biarlah masa dan keadaan yang memulihkan persahabatan kami,terima kasih dengan kuiz yang diberikan….

apa yang aku bayangkan ketika aku bjalan didalam hutan adalah dengan seekor binatang… harimau… jadi bagaimana ya?

aku plak byangkan aku jalan ngan jejaka idaman aku. msalahnya aku bru berangan je..susah jgk.

kuiz ni memang powerlah.

ehm ada benar juga kuiz ni..hehehe..

boleh tahan juga ni soalan…

nice one!!

erm.. ak bayangkan ayah ak dlm hutan tu… dan ak nampak anjing tp tak tau nak tanya apa kat anjing tu… huhu.. tp kuiz ni memg best la…

di hujung mggu sy always alone.dah hampir 4thn..sy cenderung mmikirkan badthings lately.tlg sy.kuiz hebat,sedikit keliru shj..

terkena batang hidung aku sendiri………..tp aku mgaku yg result tu mmg tpat ngan personaliti aku

best la kuiz nei.. aku bayangkan soalan no1 sahabat aku..
hehhehe..menarik btol la.

aq bygkan harimau..
aq tanye die best x jd haiwan?
rumah aku bsar..
aq bygkan ada sate ngan air bandung kt ats meja tuh..
cwn aq buat drpd kaca..
aq ambk cwn tu.. pstu letak balik..
air tuh dtg dri air tjun..

haa.. cmne tuh..

aq xnafikn lah..mmg terkena batang hidung sndr…mmg btol pon..dan owg yg bersame aq adlh kwn baek aq..huhuhuh.. smoga persahabtan kt kekal hinga akhir hayat kiter..sbb ko sorg jew yg paham aq..dan aq jew yg paham ko..

my life suck, just keep on breathng 4 a better tomorow

mang best laa kuiz nie klu da lg..nana nak kuiz ni.

Leave a Reply

About/Tentang… |Blog@TeechConsult|

This weblog, is a creative, emotional, and as such, a more personal spinoff of my thoughts and writings. Thus it complements the more formal nature of my other blog 'The New Teech Times' on Blogger. At the opposite end, my newest blog, an online diary 'TeechConsult's Journal' can be read on the Livejournal public site.

Anda dijemput mengakses blog The New Teech Times untuk penulisan yang lebih formal dan bersifat agak global.

Anda juga boleh membaca blog bertajuk TeechConsult's Diary untuk tulisan yang peribadi dari hati dan perasaan.

Dan, tidak lupa juga tapak web utama TeechConsult.com yang lengkap dengan pelbagai bahan yang menarik.

Last and not least, if you are into online unreal-people-real-lives nexus, you can find me on Facebook, or better still let's meet face-to-face!

Terima kasih dan salam hormat.

-Airil Haimi Adnan @ Teech Airil-

Blog@TeechConsult pages read...

  • 15,540 hits and counting with THANKS!

Blog@TeechConsult archives

Blog@TeechConsult categories

Copyright Notices: Please read!

Important Copyright Notice

All the graphic files and writings in this weblog are copyrighted materials. They are attributable to the original copyright holders.

DO NOT reuse these materials without prior consent.

Notis Penting Hak Cipta

Semua bahan grafik dan penulisan di weblog ini adalah bahan hak cipta. Bahan-bahan ini adalah hak mutlak pemilik asalnya.

JANGAN gunakan semula bahan-bahan ini tanpa kebenaran!

Technorati linkage

Add to Technorati Favorites

Blog@TeechConsult feedcount

“Is the truth really out there?”

page counter