| Blog@TeechConsult |

Pengembaraan Spyder B: Sebuah cerita ibarat kontemporari (Ceritera 01)

Posted by: Teech Airil on: Wednesday, July 2, 2008

Teech Airil sezIni adalah versi definitif (terkini) kisah pengembaraan seekor labah-labah yang ditulis sebagai sebuah cerita ibarat (‘parable’ in English). Berpandukan cadangan serta komen anda, ia direncanakan kelak akan dibukukan, kemungkinan besar sebagai tulisan Bahasa Malaysia saya yang seterusnya dengan Buku Prima (amongst other projects). We shall see… and as always, happy reading!

Ceritera 01: Spyder B di kota Creepy Crawly

Seperti semua pengembaraan yang jauh dan perit, kisah pengembaraan ini juga bermula dengan beberapa langkah kecil. Malah, setiap langkah sang hero di dalam kisah pengembaraan ini sememangnya kecil kerana dia adalah seekor labah-labah yang comel (jika anda suka kepada labah-labah dan tidak berasa geli apabila melihat spesies serangga kecil ini).

Hai semua, sayalah Spyder B!

Sang hero di dalam kisah pengembaraan ini bernama Spyder B (‘Spyder’ kerana Jabatan Pendaftaran Kelahiran Serangga telah tersilap mengeja namanya di dalam sijil kelahiran dan ‘B’ kerana belum sempat habis mengisi borang, ayahanda tercinta Spyder B ditakdirkan telah terkena serangan jantung – dia pengsan dan terus mati meninggalkan isteri tercinta dan seekor labah-labah comel yang baru saja lahir ke dunia yang amat mencabar ini).

Memang aneh jika kita fikirkan, tetapi memang banyak tragedi yang pernah dan akan tragedi di dalam hidup kita, tidak kira sama ada anda seekor labah-labah atau seorang manusia.

Namun, yang lebih penting dan utama adalah kekuatan serta kemampuan untuk terus bergerak ke depan dan berkembang maju biar apa pun tragedi yang menimpa, bukan? Dan begitulah batu asas yang memulakan kisah pengembaraan hebat ini tentang si Spyder B yang mengembara jauh demi mencari sesuatu yang baru dan tidak tercari oleh serangga lain.

Dari awal usia lagi pemikiran dan cara tindakan Spyder B tidak seperti serangga dan penghuni lain yang tinggal di kota Creepy Crawly. Kota Creepy Crawly agak kaya dan maju berbanding dunia serangga dan haiwan yang lain dan berjenis-jenis serangga serta beberapa spesies haiwan kecil seperti burung, cicak katak, tikus, dan lain-lain lagi tinggal di kota hebat itu.

Walaupun sesekali ada percanggahan pendapat serta pergeseran fizikal di antara kaum serangga sebagai majoriti penduduk Creepy Crawly dengan spesies haiwan kecil yang menjadi penduduk minoriti – secara amnya, semua penghuni kota metropolitan itu hidup dalam rukun damai.

Kota itu juga sebenarnya penuh dengan kemewahan hingga semua serangga dan haiwan kecil yang tinggal di Creepy Crawly sentiasa terbuai dalam angan-angan dan diulit kesenangan. Segala-galanya dari makanan, minuman, tempat tinggal, institusi pendidikan dan perubatan malah hiburan juga boleh didapati dengan mudah di kota itu.

Sayangnya, seperti kelaziman alam serangga serta haiwan dan manusia – semua kelebihan ini menjadikan penduduk Creepy Crawly kurang berdaya saing, malas dan terlalu sombong. Hal ini menjadikan Spyder B lemas tinggal di dalam kelompoknya hingga dia selalu memencilkan diri dan tidak mahu bersosial dengan serangga lain.

Anehnya, kerana dia kurang mahu bersosial Spyder B pula yang dicop sebagai serangga sombong, tidak tahu bermasyarakat, tidak sedar diri, perasan bagu – malah bermacam-macam lagi tuduhan dilemparkan kepada labah-labah comel yang pendiam ini. Namun Spyder B tidak pernah mahu berkonfrontasi kerana dia sedar dan sudah masak dengan perangai dan sifat serangga lain di sekelilingnya.

-bersambung-

2 Responses to "Pengembaraan Spyder B: Sebuah cerita ibarat kontemporari (Ceritera 01)"

Salam Teech!
so far so good, and I see a big room for improvement :)

wat happen next to Spyder B? Why Spyder B? Why not Spider B? was that just some kind of name or you meant something else? teech btau lar..
hmm, actually i dont know how to ’say my words’..tak pandai ar main blog..this is my first trial..all i can say, so far you did well.. your story bout Spyder B got my attention..
teech, did you realize that your story can be picture-lize, those words just so like comic style (which i love it)? cari lag Ben teech, cartonis dr Gempak biler story nie siap nnt..suroh dier buat comic plak..sure cute..wah, simaa excited lebey..
teech cepat lah continue story Spyder B..cant wait..I just want to know did Sypder B ’senasib’ with me..
well, that’s all..till then..chayo’ teech..daa..

Leave a Reply

About/Tentang… |Blog@TeechConsult|

This weblog, is a creative, emotional, and as such, a more personal spinoff of my thoughts and writings. Thus it complements the more formal nature of my other blog 'The New Teech Times' on Blogger. At the opposite end, my newest blog, an online diary 'TeechConsult's Journal' can be read on the Livejournal public site.

Anda dijemput mengakses blog The New Teech Times untuk penulisan yang lebih formal dan bersifat agak global.

Anda juga boleh membaca blog bertajuk TeechConsult's Diary untuk tulisan yang peribadi dari hati dan perasaan.

Dan, tidak lupa juga tapak web utama TeechConsult.com yang lengkap dengan pelbagai bahan yang menarik.

Last and not least, if you are into online unreal-people-real-lives nexus, you can find me on Facebook, or better still let's meet face-to-face!

Terima kasih dan salam hormat.

-Airil Haimi Adnan @ Teech Airil-

Blog@TeechConsult pages read...

  • 17,086 hits and counting with THANKS!

Blog@TeechConsult archives

Blog@TeechConsult categories

Copyright Notices: Please read!

Important Copyright Notice

All the graphic files and writings in this weblog are copyrighted materials. They are attributable to the original copyright holders.

DO NOT reuse these materials without prior consent.

Notis Penting Hak Cipta

Semua bahan grafik dan penulisan di weblog ini adalah bahan hak cipta. Bahan-bahan ini adalah hak mutlak pemilik asalnya.

JANGAN gunakan semula bahan-bahan ini tanpa kebenaran!

Technorati linkage

Add to Technorati Favorites

Blog@TeechConsult feedcount

“Is the truth really out there?”

page counter